Connect with us

Oh! Media

Kementerian Perumahan, KPKT dan Keluarga Bantah Permohonan Menggantung Inkues Adib

Adibdedsofamujpg

Umum

Kementerian Perumahan, KPKT dan Keluarga Bantah Permohonan Menggantung Inkues Adib

Berikutan dengan permohonan jawatankuasa bertindak bagi Menyelamatkan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield untuk menggantung inkues kematian anggota bomba , Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KPKT dan anggota keluarga Muhammad Adib telah memfailkan afidavit bagi membantah permohonan mereka.

Afidavit yang difailkan secara berasingan minggu lepas adalah sebagai menyokong permohonan Jabatan Peguam Negara bagi membantah permohonan jawatankuasa itu untuk menggantung sementara inkues.

Peguam jawatankuasa itu, M. Visvanathan memberitahu panel tiga anggota bahawa beliau menerima afidavit berkenaan pagi ini yang difailkan secara berasingan oleh peguam Kementerian, Syazlin Mansor dan peguam Kamaruzaman A. Wahab.

IKLAN

Beliau memohon mahkamah memberikan masa kepada mereka untuk menfail afidavit balas kerana menurutnya afidavit itu belum pernah berlaku sebelum ini dimana ia difail oleh mereka yang berkepentingan bagi membantah kehadiran pihak yang juga berkepentingan dalam inkues.

Visvanathan berkata, afidavit itu mempersoalkan kedudukan jawatankuasa berkenaan dari segi undang-undang, untuk mengambil bahagian dalam inkues.

Sumber: Kosmo

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas