Connect with us

Oh! Media

Kemenangan Ayda Jebat Dipertikai, Netizen Anggap Ayda Tidak Layak Kalahkan Dato Siti Nurhaliza

Umum

Kemenangan Ayda Jebat Dipertikai, Netizen Anggap Ayda Tidak Layak Kalahkan Dato Siti Nurhaliza

Gambar dari FB Anugerah MeleTOP Era

Semalam berlangsungnya Anugerah Meletop ERA 2016 yang menyaksikan kemenangan besar buat Johan dan artis baru Ayda Jebat.

ADVERTISEMENT

Johan berjaya merangkul trofi dalam kategori Penyampai Radio MeleTOP, Couple MeleTOP, Program Radio MeleTOP dan Artis Lawak MeleTOP, manakala Ayda Jebat berjaya bolot 5 trofi.

Gambar dari EB Anugerah MeleTOP Era

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat merangkul trofi dalam kategori Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP, Pelakon MeleTOP, Drama MeleTOP dan sekaligus memenangi anugerah utama iaitu Top Top MeleTOP Wanita untuk dua tahun berturut-turut.

Namun, rata-rata komen di media sosial mempertikaikan kemenangan Ayda Jebat terutama dalam kategori Penyanyi MeleTOP kerana menggangap Ayda tidak layak untuk mengalahkan Dato Siti Nurhaliza.

Berikut antara sebahagian komen netizen yang mempertikaikan kemenangan Ayda Jebat;

Dengan kemenangan besar secara keseluruhan, Johan dan Ayda Jebat membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi, manakala bagi yang menang mengikut kategori membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta trofi.

Sementara itu, AME 2016 turut memberi Anugerah Khas MeleTOP kepada pengulas sukan Zulkarnain Hassan lagenda berserta wang tunai berjumlah RM20,000.

Senarai penuh keputusan AME 2016:

1. Top Top MeleTOP Lelaki – Johan

2. Top Top MeleTOP Wanita – Ayda Jebat

3. Anugerah Fesyen MeleTOP – Datuk AC Mizal

4. Artis Baharu MeleTOP – Mira Filzah

5. Bintang Online MeleTOP – Datuk Siti Nurhaliza

6. Anugerah Couple MeleTOP – Johan & Ozlynn

7. Program Radio MeleTOP – JoHaRa Pagi ERA

8. Grup/Duo MeleTOP – Akim & The Majestret

9. Penyanyi MeleTOP – Ayda Jebat

10. Lagu MeleTOP – Siapa Diriku (Ayda Jebat)

11. Program TV MeleTOP – Gegar Vaganza 2015

12. Drama TV MeleTOP – M.A.I.D

13. Pelakon MeleTOP – Ayda Jebat

14. Hos TV MeleTOP – Datuk AC Mizal

15. Artis Lawak MeleTOP – Johan

16. Penyampai Radio MeleTOP- Johan

17. Filem MeleTOP – Polis Evo

18. Bintang Filem MeleTOP – Zizan Razak

19. Anugerah Khas MeleTOP – Pengulas Bola Zulkarnain Hassan.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas