Connect with us

Oh! Media

Kemalangan Maut Di Taman Connaught (18 SG)

Ohmedia kemalangan connaught 2jpg

Umum

Kemalangan Maut Di Taman Connaught (18 SG)

Malam tadi jam 1 pagi (22 September 2014), krew Oh! Media sendiri terserempak dengan satu kemalangan maut di Lebuhraya Timur Barat berhampiran Taman Connaught. Mangsa dipercayai seorang lelaki berbangsa India melintas jalanraya yang sentiasa penuh dengan kenderaan memecut laju dan dilanggar oleh sebuah Myvi di bahagian tepi kereta sebelum dihentam kereta lain yang datang dari belakang. Mangsa maut ditempat kejadian dengan kecederaan parah di bahagian badan hingga terburai isi perut.

Ini hanyalah maklumat awal yang diterima dari beberapa saksi ditempat kejadian apapun maklumat rasmi akan dikemaskini jika ada. Apa yang agak mengecewakan, kedudukan jejantas hanya beberapa langkah dari kawasan tersebut dan kawasan ini sememangnya menjadi kegemaran orang ramai untuk melintas biarpun jejantas telah lama disediakan pihak berkuasa.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat kami rakamkan sebelum ketibaan Ambulan dan pihak Polis. [baca respon pembaca di Facebook Oh! Media]

IKLAN

Di bawah adalah video yang sempat kami rakamkan. Bahagian yang agak ngeri ditutup atau tidak dipaparkan bagi menghormati sensitiviti pihak yang berkenaan.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas