Connect with us

Oh! Media

U-Turn Di Tengah Lebuhraya Pantai Timur, Dua Kanak-Kanak Tercampak Keluar

Umum

U-Turn Di Tengah Lebuhraya Pantai Timur, Dua Kanak-Kanak Tercampak Keluar

Kami kongsikan gambar yang sempat diambil krew Oh! Media ketika terserempak dengan satu kemalangan di LPT pada Hari Raya ke-2 tempohari berikutan dari sebuah kereta MPV jenis Nissan Serena yang cuba membuat u-turn di tengah highway sebelum sebuah MPV lain jenis Naza Citra datang merempuhnya. Kedua-dua kenderaan sarat dengan ahli keluarga masing-masing.

ADVERTISEMENT

Dimaklumkan oleh ahli keluarga mangsa sehingga kini seorang kanak-kanak masih berada di hospital dalam keadaan koma akibat tercampak keluar dari tingkap ke atas lebuhraya.

Berita ini pernah kami kongsikan lebih awal sebelum ini di Facebook Oh! Media pada Hari Raya ke-2 yang lalu.

“Lebih kurang jam 6:40 petang tadi kami terserempak dengan satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari arah Kuantan berhampiran dengan susur keluar Cherating. Kejadian berpunca apabila Nissan Serena (warna silver) cuba membuat pusingan U di tengah lebuhraya yang penghadangnya terbuka sebelum dirempuh Naza Citra dari arah yang sama. Serena berpusing beberapa kali yang membuatkan dua kanak-kanak tercampak keluar ke tengah jalan dan parah. Berhati-hatilah di jalanraya ya!”

Berikut adalah gambar yang sempat kami rakamkan ketika tiba di tempat kejadian.

Masih terngiang-ngiang di telinga kami jerita si anak “makkk, sakit mak… sakit makk” ketika di bawah masuk ke dalam Ambulans ini. Sangat menyayat hati.

Kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku memandangkan undang-undang sememangnya tidak membolehkan anda membuat pusingan U (U-turn) di atas lebuhraya dan di tempat yang tidak bersesuaian. Menurut pengendali lebuhraya, palang besi di sebahagian lebuhraya tersebut telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berhati-hatilah dijalanraya lebih-lebih lagi jika anda membawa keluarga bersama. Berfikirlah dengan baik sebelum membuat tindakan yang menyusahkan diri sendiri dan juga insan lain yang tidak bersalah. Jadikan apa yang berlaku ini sebagai peringatan dan tauladan untuk diri kita semua yang sedang membaca.

Semua gambar-gambar di atas juga telah diserahkan kepada ahli keluarga untuk tuntutan insurans dan juga sebarang tindakan undang-undang lain.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas