Connect with us

Oh! Media

Kelantan Ingin Pastikan Budaya Tutup Gerai 15 Minit Terus Subur

1200px jb bazarjpg

Umum

Kelantan Ingin Pastikan Budaya Tutup Gerai 15 Minit Terus Subur

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Terengganu akan memberikan waktu rehat untuk solat magrib kepada semua peniaga pasar malam. Tetapi, amalan menutup premis jualan selama 15 minit ini, bukanlah perkara asing dalam kalangan peniaga pasar malam di Kelantan.

Perkara ini dilihat kerana, Kelantan sudahpun melaksanakannya sejak 24 tahun dahulu ketika di bawah pentadbiran Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan sebahagian daripada Dasar Membangun Bersama Islam.

Oleh itu, Setiausaha Majlis Daerah Pasir Mas, Mohammad Zaidi Jusoh berkata, walaupun ia sudah sebati dengan peniaga pasar malam di jajahan ini, pihaknya sentiasa memberikan peringatan berhubung perkara berkenaan.

IKLAN

“Peringatan ini bagi memastikan budaya itu terus subur dalam kalangan peniaga dan rakyat.

“Ini merupakan sebahagian daripada bentuk pendidikan kerajaan negeri supaya peniaga dan rakyat menitikberatkan soal penjagaan solat dalam kehidupan harian,” katanya.

Tujuan utama perlaksanaan itu untuk memberi ruang kepada peniaga menunaikan solat fardu Maghrib seterusnya memudahkan urusan jual beli dilakukan selepas itu.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas