Connect with us

Oh! Media

Keindahan Pulau Dayang Di Johor

Oh! Lifestyle

Keindahan Pulau Dayang Di Johor

Pulau Dayang merupakan tempat menarik di Johor yang harus dikungjungi oleh semua yang datang ke Negeri Johor. Jangan keliru kerana di Langkawi juga mempunyai Pulau Dayang yang juga tarikan di negeri itu. Ramai yang tidak sedar dengan kewujudan Pulau Dayang di Johor ini. Pulau ini sangat cantik dengan keindaan alam semula jadi yang akan memukau sesiapa sahaja yang datang ke pulau ini.

ADVERTISEMENT

Pulau Dayang yang merupakan jiran Pulau Aur di Mersing ini berdekatan juga dengan Pulau Pemanggil. Pelancong boleh ke pulau itu dengan perjalanan yang mengambil masa selama 4-5 jam bergantung kepada keadaan air laut dengan menaiki bot kecil nelayan di situ. Adakalanya, mengambil masa sehingga 8 jam untuk sampai di Pulau Dayang sekiranya llaut bergelora.

Bagi yang suka memancing boleh berkungjung ke Pulau Dayang ini. Hal ini kerana pulau ini merupakan lubuk ikan yang terkemuka di Malaysia. Pulau Aur dan Pulau Pemanggil yang terletak berdekatan juga merupakan lokasi lubuk bagi ikan sukan, mersuji hitam (Black marlin).

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas