Connect with us

Kehadiran Jemaah Ke Masjid Saat Solat Fardhu Masih Kurang Walau Telah Dibuka

Oh! Politik

Kehadiran Jemaah Ke Masjid Saat Solat Fardhu Masih Kurang Walau Telah Dibuka

Selepas hampir 3 bulan masjid dan surau terpaksa ditutup bagi tujuan memutuskan rantaian Covid-19, akhirnya seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam dapat menarik nafas lega apabila ia kembali dibuka untuk orang awam.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyeru umat Islam untuk bersama kembali menghidupkan kembali masjid dan surau untuk solat fardhu berjemaah selepas melihat tahap kehadiran jemaah masih kurang.

Saya dimaklumkan sebentar tadi oleh Ustaz Hamdan, salah seorang imam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya bahawa kehadiran jemaah masjid kurang memberangsangkan. Bermula semalam, masjid, surau Jumaat dan surau di zon hijau serta zon kuning di WP mula dibuka dengan had kapasiti satu pertiga (1/3) daripada jumlah had kapasiti dewan solat utama. “Jemput kita imarahkan semula masjid, surau Jumaat dan surau dalam WP bagi yang berhampiran, pastikan patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. – Katanya.

Dr Zulkifli turut berkongsi gambarnya bersolat di Masjid Besi Putrajaya dan mengucapkan rasa syukur selepas 100 hari memegang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Agama.




Kredit: Facebook Dr. Zulkifli

+ Baca respon pembaca mengenai seruan Menteri Agama di Facebook Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

To Top