Connect with us

Oh! Media

Kecederaan Organ Dalaman Adib Semakin Baik

Kl01 301118 ijnjpg

Umum

Kecederaan Organ Dalaman Adib Semakin Baik

Kecederaan organ dalaman Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang parah diserang perusuh di hadapan Kuil Sr Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, menunjukkan perkembangan yang semakin baik.

Datuk Mohamad Hamdan Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), berkata pihak Institut Jantung Negara (IJN) baru sahaja selesai menjalankan proses bronchoscopy iaitu memasukkan kamera melalui mulut untuk melihat keadaan paru-paru Muhammad Adib.

“Proses itu mendapati paru-paru Muhammad Adib semakin baik. Pihak IJN juga memaklumkan tahap oksigen juga memuaskan selain keadaan buah pinggang Adib menunjukkan perkembangan positif.

IKLAN

“Secara keseluruhannya keadaan beliau semakin baik dan kami mendoakannya agar cepat sembuh,” katanya lagi.

Walaubagaimanapun, keadaan Muhammad Adib masih dikategorikan sebagai kritikal namun stabil.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas