Connect with us

Oh! Media

Kapten Juruterbang Ukir Kenangan Bertugas Bersama Anak Sebagai Co-Pilot

Umum

Kapten Juruterbang Ukir Kenangan Bertugas Bersama Anak Sebagai Co-Pilot

Seorang kapten juruterbang Peter Elliot mengukir sejarah buat pertama kalinya bertugas bersama anak perempuannya Laura Elliot yang bertugas sebagai penolong juruterbang dalam penerbangan Thomas Cook dari Birmingham ke Tenerife.

ADVERTISEMENT

Laura Elliot, 30 membuat keputusan untuk mengikuti jejak langkah ayahnya sebagai juruterbang apabila menerima hadiah sebuah pesawat percubaan daripada ayahnya semasa hari jadi yang ke 18 tahun.

Beliau telah menyertai Thomas Cook pada tahun 2009 namun impian untuk terbang bersama dengan ayahnya didalam kokpit akhirtnya menjadi kenyataan pada 6 Februari lalu.


“Ia adalah satu impian yang menjadi kenyataan kerana dapat terbang dengan ayah saya walaupun dia masih lagi meneliti kemahiran saya.

“Menjadi seorang juruterbang tidak pernah terlintas difikiran saya suatu ketika dahulu walaupun ayah telah juruterbang sejak sebelum saya dilahirkan.

“Namun segalanya bermula apabila ayah membelikan saya pesawat penerbangan percubaan sebagai hadiah hari jadi yang saya.

“Saya memohon untuk kursus penerbangan dan menghabiskan 14 bulan di selatan Sepanyol untuk mendapatkan lesen dan kemudian menyertai Thomas Cook pada tahun 2009.

“Ayah dan saya benar-benar sama. Dia tidak bercita-cita untuk menjadi juruterbang pada awalnya tetapi mahu menjadi seorang akauntan tetapi ibu mengalakkan kami berdua.

“Saya tidak terkejut bahawa kami pasukan penerbangan bapa-anak yang pertama di Thomas Cook telah pernah ada malah juruterbang wanita masih sangat luar biasa.

“Industri penerbangan masih sedikit misteri bagi sesetengah orang dan nasional hanya 3% daripada juruterbang wanita.

“Nasib baik saya mempunyai ayah saya untuk membimbing saya melalui.” jelas Laura.

Walaupun, penerbangan Peter dan anaknya Laura adalah secara kebetulan kerana mereka berpengkalan di lokasi yang berbeza iaitu Peter di Birmingham manakala Laura di Lapangan Terbang East Midlands ia adalah sesuatu perkara yang amat mengembirakan mereka berdua.

OHMEDIA: Tak semua orang berpeluang bertugas bersama-sama ayah dan ibu. Ini merupakan sesuatu kenangan manis buat mereka. 

————————————————————
www.facebook.com/ohperfumenista 
Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas