
Umum
Kapal Israel Diserang di UAE
Oleh
Sebut sahaja tentang Israel, sudah semestinya semua masyarakat tahu tentang kekejaman negara itu (bukan negara pun) menindas masyarakat Palestina sehingga menyebabkan kematian dengan angka yang sangat banyak.
Terbaru, dikatakan sebuah kapal milik Israel iaitu Hyperion Ray dikatakan telah diserang berhampiran luar persisiran pantai Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam selepas dilaporkan oleh media Israel.
Memetik laporan Harian Metro, pasukan keselamatan yang memetik stesen televisyen Israel, Channel 12 berkata bahawa kapal tersebut mengalami ‘kerosakkan kecil’ berhampiran perlabuhan UAE, Fujairah selepas dikatakan diserang oleh Iran.

Stesen televisyen Lubnan, Al-Mayadeen yang dipercayai rapat dengan Iran dan Syria melaporkan bahawa kapal yang dikendalikan oleh Firma Israel, Ray Shipping yang menggunakan bendera Bahamas telah diserang.
Selain daripada Ray Shipping, Firma itu juga mempunyai satu lagi kapal iaitu, Helios Ray, yang turut diserang pada Februari lalu ketika belayar di luar pantai Oman.
Ketika kejadian, Helios Ray dalam perjalanan dari Damman, Arab Saudi ke Singapura. Iran bagaimanapun menafikan bertanggungjawab atas kejadian berkenaan ketika itu.
Kredit: Harian Metro
