Connect with us

Oh! Media

Sampai Bila Kakitangan Awam Nak Curi Tulang?

Umum

Sampai Bila Kakitangan Awam Nak Curi Tulang?

Cara bekerja bagi kakitangan awam dan swasta memang jauh berbeza. Memang ramai yang sedia maklum bahawa kakitangan awam banyak melakukan perkara-perkara tidak sepatutnya dalam waktu bekerja. Namun mungkin ia hanyalah sikap segelintir daripada mereka sahaja.

ADVERTISEMENT

Diwaktu bekerja, mereka bebas keluar masuk pejabat malah masih lagi menghabiskan masa bersarapan pagi sehingga jam 10.30 pagi di restoran berdekatan. Malah ada yang sanggup ke luar kawasan semata-mata mahu menikmati makanan kegemaran biarpun dalam waktu bekerja.

Ada juga yang mengambil kesempatan berniaga dalam pejabat, melakukan
urusan peribadi, urusan ke bank, mengambil dan menghantar anak ke
sekolah dan pelbagai lagi kegiatan yang sinonim dengan budaya kerja
segelintir penjawat awam.

Ini belum dikira dengan kedatangan lewat tetapi menuntut kerja lebih masa apabila pulang lambat.

Baru-baru ini juga, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed
Khusrin Munawi turut menegur penjawat awam di Selangor yang culas dan
gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Namun, kebanyakan mereka terus berasa selesa dengan pelbagai imbuhan tetapi mutu kerja yang diberi tidak setimpal.

Disebabkan segelintir perangai jelik penjawat awam ini, masyarakat
terus memandang serong terhadap sektor awam walaupun yang melakukan
perkara itu bukanlah semua.

Ikuti kupasan Sinar Harian dalam isu membabitkan segelintir kakitangan
awam yang dilihat seolah-olah makan gaji buta dan tidak komited dalam
menjalankan tanggungjawab hakiki mereka.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas