Connect with us

Oh! Media

Kad Khas Subsidi Petrol Untuk Golongan B40 Akan Diperkenalkan

Umum

Kad Khas Subsidi Petrol Untuk Golongan B40 Akan Diperkenalkan

Kad khas untuk salurkan subsidi petrol secara bersasar mungkin akan digunakan, kata menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

ADVERTISEMENT

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menterinya berkata kad petrol RON95 itu akan diberikan kepada golongan  berpendapatan rendah (B40) jika ia dilaksanakan.

“Had penggunaan yang dibenarkan dan jenis sistem untuk membaca kad itu juga sedang diteliti kerana kita ingin memastikan kaedah pelaksanaan berjalan secara licin dan lancar.

“Dasar baik kalau pelaksanaan kucar-kacir dan tumbang, hasilnya tak bagus. Kalau memberi subsidi ketika harga minyak naik pula akan membebankan kewangan kerajaan, jadi semua perkara ini harus diteliti,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Senelum ini, Saifuddin dilaporkan berkata, KPDNHEP dan Kementerian Kewangan dalam peringkat perbincangan mengenai mekanisme baharu subsidi petrol bersasar bersama pihak berkepentingan.

Saifuddin juga berkata beliau ada memaklumkan perkara itu kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk dimasukkan ke dalam Bajet 2019.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas