Connect with us

Oh! Media

Justin Bieber Ajak Toom Cruise Bertumbuk Dalam ‘Octagon’

loljpg

Umum

Justin Bieber Ajak Toom Cruise Bertumbuk Dalam ‘Octagon’

Korang mesti ingat dengan idola korang dulu-dulu terutama kaum wanita yang jadi tak tentu arah bila dengan nama Justin Bibir. Ops, Justin Bieber. Terbaru, Bieber dalam satu posting tweetnya, secara tiba-tiba telah mencabar seorang pelakon Hollywood untuk berlawan di UFC.

Siapa pelakon tu? Bieber telah mencabar Tom Cruise untuk bertarung dalam satu perlawanan UFC dengan tulisan, “Saya mahu cabar Tom Cruise di Octagon. Adakah anda sanggup untuk berlawan? Dana White?” tulis Justin di Twitter sambil turut memetik nama Dana White, presiden Ultimate Fighting Championship (UFC).

IKLAN

Tweet ini mendapat reaksi pantas dari peminat dan rata-rata menyatakan sokongan mereka kepada Tom Cruise sekiranya perlawanan ini menjadi kenyataan. Netizen Malaysia sokong Bieber ke?

Dalam respon lain, petarung UFC, Conor McGregor turut tidak melepaskan peluang apabila menyatakan berminat untuk menjadi penganjur untuk perlawanan antara Bieber dan dapat dibayangkan ia pastinya akan meriah jika McGregor bersama.

Walaubagaimanapun, bagi kami ianya mungkin hanya satu gimik kerana ia secara tiba-tiba memetik nama Tom Cruise untuk bertarung tanpa sebarang pertikaian antara mereka. Ini juga mungkin ada kaitan dengan album terbaru yang akan dilancarkan oleh Justin nanti. Apa-apapun kami hanya tidak sabar melihat muka Bieber berkicap. Kah!

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas