Connect with us

Oh! Media

Jururawat Saman Air Asia Kerana Pramugari Jatuh Atas Kaki

Umum

Jururawat Saman Air Asia Kerana Pramugari Jatuh Atas Kaki

Seorang jururawat dari Melbourne, Australia, Erin Crocker telah memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan Air Asia kerana insiden pramugari yang jatuh keatasnya ketika pesawat melanggar kawasan berawan di Thailand pada tahun lalu. 
Akibat dari kejadian itu, Croker mengalami keretakan tulang kaki dan ligamen terkoyak sehingga memaksanya untuk menjalani pembedahan.
Menurut peguamnya, Croker telah menolak cubaan penyelesaian daripada AirAsia dan mahu perkara tersebut diselesaikan di mahkamah. 
Croker telah menuntut ganti rugi bagi kesakitan dan penderitaan, kehilangan kesenangan hidup, perbelanjaan perubatan dan kehilangan pendapatan.
“Dia menolak tawaran penyelesaian. Dia juga mengalami keretakan tulang dan ligamen tang memerlukan pembedahan besar dan memerlukannya berehat daripada bertugas selama beberapa minggu. 
“Croker juga mengalami kecederaan yang mendalam di bawah lutut kanannya” jelas Nancy Yonan Arnold, peguam Croker.

Walaubagaimanapun, sebelum ini Croker pernah menolak tawaran pembayaran pampasan dari AirAsia kerana mengambil iktibar daripada insiden yang menimpa pesawat QZ8501 pada 28 Disember lalu.

ADVERTISEMENT

Namun, kini dia tekat untuk terus berjuang bagi menuntut haknya kembali.

 

In-Article:

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas