Nasib malang menimpa juara bertahan EPL, Liverpool selepas dibelasah oleh Aston Villa 7-2 di Stadium Villa Park. Liverpool yang turun tanpa penjaga gol utama, Alisson nyata memberi kesan yang mendalam selepas dibolosi seawal minit ke-4 hasil kesilapan Adrian.
Aston Villa berjaya menambah gol kedua menerusi Watkins pada minit ke-22 sebelum Mohamed Salah kembali merapatkan kedudukan 2-1 untuk Liverpool.
Walaubagaimanapun, Aston Villa terus menutup harapan Liverpool untuk mencuri 3 mata penuh selepas menjaringkan lagi 3 gol menerusi McGinn dan Watkins. Untuk pengetahuan korang, Watkins berjaya mencatat Hatrik dalam perlawanan ini.
IKLAN
Liverpool nampak tidak berputus asa selepas Salah berjaya mendapatkan gol kedua peribadi dalam perlawanan ini.
Ayam tambatan Aston Villa, Jack Grealish meneruskan pesta gol tuan rumah selepas menyumbat lagi 2 gol untuk memastikan kemenangan besar Aston Villa dalam perlawanan ini.
OHMEDIA: LIVERPOOL PERLU MENCARI PENJAGA GOL YANG MAMPU MENGGALAS TUGAS DENGAN BAIK JIKA ALISSON TIDAK BERAKSI
+ Baca respon pembaca Juara Bertahan Kena Belasah Di Villa Park di Facebook Oh! Media
OH! MEDIA
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.