Connect with us

Oh! Media

Jimat Sehingga RM30 Sebulan, Ini Cara Daftar Skim Internet Selangor M40

Skim Internet M40 Selangor

Oh! Tidak

Jimat Sehingga RM30 Sebulan, Ini Cara Daftar Skim Internet Selangor M40

Kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terkemuka, Telekom Malaysia (TM) menawarkan Skim Internet Selangor khusus buat golongan M40. Menerusi skim ini, kerajaan akan memperuntukkan subsidi internet melalui 8 pakej iaitu Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas.

Untuk pengetahuan anda, setiap isi rumah yang melanggan pakej-pakej ditawarkan berpeluang menikmati subsidi di antara RM10 – RM30 sebulan dalam tempoh setahun. Menarik kan? Pendek kata, anda dapat internet berkelajuan tinggi dengan harga minimum!

Sism40

Skim internet ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya lima tahun.

IKLAN

Lingkungan gaji isi rumah kategori M40 pula hendaklah sekitar RM4,800 sehingga RM11,000.

Sementara itu, pelanggan unifi Home sedia ada tidak layak memohon melainkan masih mengguna unifi Lite atau Streamyx.

Pakej keluarga
Family1
Bujang1
Asas1

Melalui skim ini, anda boleh memilih di antara pakej keluarga (harga bermula dari RM117 ke RM267), pakej bujang (harga bermula dari RM138 ke RM228) atau pakej asas (RM119 dan RM189) mengikut kesesuaian masing-masing.

Sism40i

Dengan hanya lima langkah mudah, anda sudah boleh membuat pemasangan di rumah. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian bermula 1 Julai menerusi laman https://sism40.com.my/.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh menghubungi talian bantuan 03-50304595/4596.

Kredit: SKIM INTERNET SELANGOR M40 (SISM40)

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas