Connect with us

Oh! Media

Jika Anda Merupakan Generasi FELDA, Aduan Ini Mungkin Bermakna Untuk Anda

Umum

Jika Anda Merupakan Generasi FELDA, Aduan Ini Mungkin Bermakna Untuk Anda

Berapa ramai Peneroka Felda, anak-anak Peneroka Felda, cucu-cicit Peneroka Felda yang ada di Oh! Media ini? Jika anda salah seorang daripadanya, ini aduan yang dihantarkan ke Oh! Media dan kami rasa bertanggungjawab untuk memaparkannya untuk perkongsian umum.

ADVERTISEMENT

Aduan:

“Salam Oh! Media.

Saya genersi ke-3 peneroka FELDA. Arwah Atok saya seorang peneroka FELDA di FELDA Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan. Ibu saya telah melabur dengan KPF dan kami adik-beradik telah melabur bersama ibu. Pada awal bulan ini kami menerima surat dari KPF yang menyatakan masalah seperti dibawah. Saya bersama keluarga saya ingin menyatakan ketidak puas hatian kami. Dibawah saya sertakan sedikit coretan luahan hati kami sekelurga.

Setelah saya membaca serta memahami surat yang bertarikh 15 September 2014, Bil : (63)KPFB/A-01-01 Pt.8 dari KPF mengenai system baru yang akan dikenakan kepada semua ahli KPF berkuatkauasa 1 Oktober 2014.

1. Sistem Q-Share, system ini tidak membenarkan ahli-ahli KPF untuk menambah syer dalam koperasi seperti dahulu. System ini adalah episode baru peneroka ditipu oleh FELDA dengan memperkudakan MAPT untuk menjayakan hasrat jahatnya untuk meluluskan undang-undang kecil bagi mengikis hak generasi peneroka. Kini setiap ahli perlu membuat permohonan terlebih dahulu, jika diluluskan oleh jawatankuasa KPF, barulah ahli boleh membuat penambahan. Dengan tindakan ini setaip ahli tidak dapat menambah syer serta menyulitkan penambahan syer ahli ANAK peneroka. Macam mana orang Melayu hendak menabung? Ini adalah satu-satunya cara yang mudah untuk setiap ahli ANAK peneroka untuk menjamin masa depan ANAK peneroka serta generasi seterusnya.

Setelah saya membaca serta memahami surat yang bertarikh 1 Oktober 2014, (73)KPFB/A-01-01 Pt.8 dari KPF mengenai system baru yang akan dikenakan kepada semua ahli KPF berkuatkauasa 1 Januari 2015.

1. Tuntutan dan bayaran dividen kepada waris angota yang telah meninggal dunia yang bertarikh 1 Oktober 2014. Undang-undang yang dikenakan pada ANAK peneroka Undang-undang kecil KPF 21. (1)(a) Seseorang terhenti menjadi anggota KPF kerana meninggal dunia dan semua wang kepunyaannya setelah ditolak hutang akan dikembalikan kepada waris.

2. Peraturan itu dibuat dan ianya tidak adil pada peneroka, ANAK peneroka dan generasi yang selanjutnya. Setelah kematian pemegang syer (peneroka) jenerasi seterusnya tidak dapat memiliki kemudahan saham, faedah saham dan pulangan saham. Undang-undang kecil ini berat sebelah tidak adil serta menindas jenerasi peneroka keseluruhannya.

3. Sepatutnya setiap syer ahli yang meninggal diturunkan serta dikekalkan kepada pewarisnya. Supaya hak generasi berikutnya terjamin didalam KPF.

APA YANG TERJADI PADA SYER-SYER YANG KOSONG DAN SIAPA YANG AKAN MEMENUHKAN SYER-SYER YANG KOSONG SELEPAS KEMATIAN ANAK PENEROKA.

Generasi FELDA sedarlah!

Komplot perampasan hak peneroka dan anak-anak sedang dirancang, secara teratur untuk merompak, mengikis hak milik dan harta-harta peneroka. Fikirlah dan bertindaklah peneroka supaya niat jahat ini kita tentang. Peneroka ditakut-takutkan dan dimomok-momokkan oleh pihak FELDA untuk kepentingan mereka, yang berniat jahat untuk merampas dan merompak.

Mereka Perompak danPerampas No. 1 hak Generasi FELDA. Ingat lah peneroka satu hari nanti segala hak milik pneroka akan dirampas. Sejak tahun 60an sehingga sekarang FELDA menipu, menindas peneroka. Ini adalah episod baru peneroka ditipu oleh FELDA, dengan memperkudakan MAPT untuk menjayakan hasrat jahatnya, untuk meluluskan undang-undang kecil bagi mengikis hak generasi peneroka.”

Psst: Mungkin generasi FELDA seterusnya tidak mengerti kesukaran ibu ayah atau atuk nenek mereka bagaimana susahnya menjadi warga FELDA terawal yang benar-benar meneroka dahulu. Betapa susahnya hidup berbanding sedikit kesenangan hidup yang dirasai hari ini oleh rata-rata warga FELDA. Tapi ketahuilah hak sebenar anda.

Respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Nak Kalendar 2015?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas