Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Buka Akaun Rasmi Twitter, Jennifer Lawrence Langgar Janji!

Ohmedia jenniferpng

Oh! Artis

Akhirnya Buka Akaun Rasmi Twitter, Jennifer Lawrence Langgar Janji!

Siapa jer tak kenal pelakon utama dalam filem The Hunger Games, Jennifer Lawrence memainkan peranan sebagai Katniss Everdeen. Sebelum ini, dia pernah berjanji untuk tidak mahu memiliki akaun media sosial tetapi akhirnya Jennifer dah ada Twitter gais.

Jennifer Shrader Lawrence berusia 30 tahun itu melakukan perkara tersebut kerana ingin bersuara lantang untuk menyokong kempen Black Lives Matter yang sedang berlaku di Amerika Syarikat mengenai isu perkauman.

Kalau korang nak tahu, dia sudahpun mendapat tanda pengesahan atau verified badge dari Twitter sebaik jer dia membuka akaun pada awal bulan ini dengan menggunakan nama Jennifer Lawrence – Represent.Us dan kini memiliki 21.1k pengikut.

IKLAN

Pelakon The Hunger Games ini pernah bagitahu pada tahun 2018 yang dia takkan membuka akaun Instagram kerana tidak mahu jual mengenai kehidupannya di luar sana tanpa bersebab kecuali untuk mempromosikan sesuatu yang benar-benar membakar hatinya.

Saya tidak mahu jual mengenai hidup saya di luar sana tanpa bersebab kecuali untuk mempromosi sesuatu yang benar-benar membakar hati saya, barulah saya bersuara. Kalau tidak, anda takkan dengar apa-apa daripada saya.

Wah! Sekarang ni bolehlah korang berkomunikasi dengan Jennifer Lawrence di Twitter. Untuk pengetahuan korang semua, filem The Hunger Games pernah popular ketika ditayangkan di pawagam pada tahun 2012.

OHMEDIA: BESTNYA JENNIFER DAH ADA TWITTER!

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca minat Jennifer Lawrence di Facebook Oh! Media.




🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas