Connect with us

Oh! Media

Jenama Alat Solek Paling MUA Suka & Mengapa?

Oh! Lifestyle

Jenama Alat Solek Paling MUA Suka & Mengapa?

MUA atau ‘Make-Up Artist’ sememangnya popular terutamanya di media sosial. Kehebatan mereka dalam memberi sentuhan ‘magis’ kepada para artis sangatlah hebat sehinggakan artis yang kurang jelita boleh bertukar meletup, kebaboomm!!

ADVERTISEMENT

MUA sentiasa menjadi ikutan ramai terutamanya para wanita yang mahu kelihatan cantik dan menjadikan mereka sebagai idola. Jadi Oh! Media senaraikan 1 jenama ‘Make Up’ yang menjadi rahsia dalam beg ‘tools’ mereka dan kenapa itu menjadi pilihan mereka. Jenama ini juga telah menjadi pilihan utama di website hermo.my yang menyajikan pelbagai pilihan kosmetik dengan tawaran harga istimewa setiap masa.

1. Bedak Asas (Foundation)

Pernah terpikir untuk memiliki foundation idaman?
Mungkin Make Up For Ever HD Invisible Cover – lah yang selama ini anda idamkan.

Mengapa MUA memilih MUFE Ultra HD dan MUFE Stick Foundation ?

Make Up Forever foundation memiliki tekstur cair yang cukup ringan. Formulanya cukup hebat dan anda tentu terkejut betapa foundation ini menyatu dengan warna kulit hanya dengan satu aplikasi. Sangat mudah menutup sebarang cela dan hasilnya kulit akan nampak flawless , satin-matte dan glowing, tidak bertapuk atau cakey. Formulanya pula tahan lama tetapi sangat mudah dibersihkan.

Mengapa Oh! Media suka ?


Setelah 2 bulan pemakaian, kami begitu teruja dengan kemampuan MUFE foundation yang menjadikan kulit serta merta kelihatan halus dan licin. Kulit dan solekan tetap nampak segar walaupun selepas 6jam. Produk ini memenangi Anugerah Pilihan Pembaca majalah Allure tau. Korang mesti cuba !

Beli sekarang di website hermo.my

2. Concealer

Concealer adalah produk kosmetik yang dapat menyamarkan flek hitam atau jerawat. Bukan itu sahaja, concealer juga bermanfaat untuk menutupi lingkaran hitam di bawah mata sehingga wajah terlihat lebih segar.

Mengapa MUA memilih MUFE Ultra HD dan Full Cover concealer ?

MUFE concealer adalah yang pertama yang disesuaikan dengan teknologi kamera Ultra High Definition. Maksudnya kulit wajah akan kelihatan tetap mulus di kaca mata mahupun di kaca televisyen. Concealer ini sangat hebat menutup cela seperti jeragat, kulit tidak sekata, bekas jerawat dan mengandungi silica yang mampu menyorokkan garis-garis halus dan kerutan di wajah terutama di sekitar mata dan bibir. Lingkaran hitam di bawah mata juga tertutup dengan sempurna dan masih kelihatan natural.

Mengapa Oh! Media suka ?


Sangat best untuk menutup lingkaran hitam di bawah mata, hiperpigmentasi, bekas jerawat mahupun urat darah yang jelas kelihatan. Kulit rasa lembab dan selesa. Teksturnya halus, mudah disapukan dan sangat ringan di wajah. Memang hebatlah setanding dengan harganya.

Beli sekarang di website hermo.my

3. Pemerah Pipi

Pemerah pipi (Blush) juga adalah make up asas yang penting kerana ia menjadikan wajah kita lebih menyerlah dan berseri. Dapatkan blush dalam bentuk compact untuk memudahkan kita menggunakannya setiap hari.

Mengapa MUA memilih MUFE Artist Face Color ?

MUFE Blush ini sangat sempurna. Sapuannya sangat rata menjadikan kulit wajah nampak lebih halus. Kulit pipi nampak lembut dan menjadikan pipi nampak kemerahan semulajadi. Tahan lama dan warnanya cantik sepanjang masa. Selain fungsinya sebagai pemerah pipi, Face Color ini boleh digunakan sebagai pewarna mata, highlighter, blush dan contour.

Mengapa Oh! Media suka ?

Kita boleh pilih 3 tona warna yang kita mahukan dan disatukan di dalam satu palette. Warna-warnanya pun sangat menarik dan menghasilkan sapuan yang memeranjatkan. Sangat mudah disapu, diratakan dan pipi nampak naturally pinkish tau. Jadi, nak nampak cantik di luar mahupun di dalam selfie anda, cubalah sapuan MUFE Artist Face Color ini ya !
Beli sekarang di website hermo.my

TUTORIAL SOLEKAN MAKE UP FOR EVER

4. Primer

Primer membantu meratakan warna kulit, membuatnya tampak lebih halus dengan tekstur yang lebih matte. Kandungan bahan dalam primer boleh mengawal minyak berlebihan pada wajah. Membuatkan solekan lebih tahan lama. Make Up Artist ramai menggunakan MUFE Step 1 Skin Equalizer untuk prep kulit muka terlebih dahulu sebelum solekan.

Mengapa MUA memilih MUFE Step 1 Skin Equalizer ?

Formula khusus MUFE Step 1 Skin Equalizer, dapat mengembalikan keseimbangan tekstur kulit. Membuatkan hasil makeup tahan lebih lama. Kulit akan nampak lebih halus, warna yang lebih optimal dan semuanya hanya dengan satu sapuan Step 1 Skin Equalizer.

Mengapa Oh! Media suka ?

Kebiasaannya kami tidak memakai primer untuk prep wajah sebelum bersolek. Selepas cuci muka, kami pakai pelembap dan terus sapukan foundation. Hasilnya kurang memuaskan kerana solekan nampak kurang halus, wajahpun alahai cepat berminyak dan kebiasaannya selepas 4 jam, kulit nampak cakey dan make up mula luntur. Sejak kami cuba MUFE Step 1 Skin Equalizer ini untuk prep wajah, kami tak pandang lagi yang lain sebab kulit nampak lebih cantik dan berseri. Make up pun tahan lama dengan hanya sekali sapuan. Dapatkannya, sudah tentu anda suka!

Beli sekarang di website hermo.my

5. Maskara

Maskara – Elemen penting dalam menyerlahkan keayuan mata. Bulu mata seolah-olah tebal dan melentik lambang kepada keindahan sepasang mata yang memukau. Tanpa maskara, mata kudup terkulai layu.

Mengapa MUA memilih MUFE Mascara ?

MUFE mascara tidak memerlukan penyepit bulu mata, sudah mampu melentik dan membuatkan bulu mata nampak lebih volume atau tebal. Teskturnya sangat ringan sehingga tidak bergumpal dan tidak terasa berat di mata. Hanya secalit, membuatkan mata kelihatan sangat memukau. Tahan lama tetapi sangat mudah dibersihkan. Terdapat 2 jenis pilihan :
Aqua Smoky Extravagant Waterproof dan Excessive Lash Arresting Volume mascara

Mengapa Oh! Media suka ?

Kami dah cuba Tarte, Urban Decay, Nars, dan Kat Von D. Kami memilih MUFE ini kerana maskara ini boleh melentikkan bulu mata yang lurus. Tahan lama pula tu. Mata akan nampak lebih memukau. Senang nak disapu dan bersihkan. Terbaik dan mesti cuba ya !
Beli sekarang di website hermo.my

Make Up For Ever telah dilancarkan di HERMO pada 18 Januari 2018 yang lalu. Jadi sangat mudah untuk mendapatkan jenama ini di hujung jari di website hermo.my

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas