Connect with us

Oh! Media

Janna Nick Terima Kejutan Sempena Hari Jadi, Ramai Kata Sweet!

Ohmedia dinipng

Oh! Artis

Janna Nick Terima Kejutan Sempena Hari Jadi, Ramai Kata Sweet!

Teman lelaki kepada pelakon jelita, Dini Azan Schatzmann memuatnaik satu posting di Instagramnya, @dinischatzmann membuat kejutan sempena hari jadi Janna Nick yang ke-25 tahun. Wah, sweet betul pasangan ni!

Sorry for making you cry. Happy birthday sayang, I hope to add more smiles, more laughter, more beautiful moments to your life. You deserve it all. I love you. -kata Dini


Menurut laporan Astro Gempak, Dini mengambil masa selama seminggu untuk merancang konsep sambutan hari lahir Janna. Manakala untuk menyediakan dan menyiapkan pula tidaklah mengambil masa yang lama.

IKLAN

Saya rancang konsep untuk sambutan hari lahir Janna lebih kurang seminggu awal. Nak sediakan dan siapkan semua tidaklah mengambil masa yang sama. Set up saya ambik masa lebih kurang satu jam setengah. Kek saya dah tempah sehari sebelum hari kejadian. Hadiah dia saya dah beli dua hari awal. Saya yang pilih sendiri beg tu. Semua ini memang dilakukan pada saat akhir. Setiap orang ada cara yang berbeza. Ini adalah salah satu cara untuk saya mengabadikan kenangan bersama dengan Janna. -kata Dini

Ramai orang mengatakan bahawa tindakan pelakon baru berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu adalah sweet kerana menyediakan sendiri tanpa bantuan orang lain. Apapun, selamat hari jadi Janna! Semoga panjang umur dan terus sukses dalam industri hiburan.

OHMEDIA: BESTNYA ADA INSAN TERSAYANG BUAT KEJUTAN MACAM NI. OHMEDIA PUN NAK JUGA!

Kredit: Astro Gempak | Instagram

+ Baca respon pembaca ucap selamat hari jadi di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas