Connect with us

Oh! Media

Jangan Tonton Trailer Terbaru Spider-Man Far From Home Jika Belum Tonton Endgame

spider man3jpg

Umum

Jangan Tonton Trailer Terbaru Spider-Man Far From Home Jika Belum Tonton Endgame

Gamber: Forbes

Akhirnya terjawab sudah persoalan samaada filem Spider-Man: Far From Home berlaku sebelum atau selepas Avengers: Endgame. Ini selepas Kevin Feige mengesahkan bahawa filem ke-22 MCU, Avengers: Endgame bukanlah penamat buat fasa ketiga.

Filem Spider-Man: Far From Home bakal menjadi penamat bagi fasa ketiga MCU dan dalam Trailer rasmi Spider-Man ini terselit banyak ‘spoiler’ kerana ia merupakan sekuel kepada Avengers: Endgame. Jadi jika korang belum lagi tonton filem Avengers: Endgame, ini amaran yang diberikan Peter.


IKLAN

Apa yang dapat dilihat dalam trailer terbaru ini, Peter dilihat masih berasa sedih dengan pemergian Mr Stark (Iron Man) dan turut dapat dilihat hubungan antara Peter dan Happy semakin rapat.

Apa yang menarik adalah, selepas Thanos melakukan petikan jari menggunakan ‘Infinity Stone’, telah terwujud multi-dunia (multiverse) dan di situ datangnya Mysterio ke dunia Spider-Man untuk meminta pertolongan. Selepas Thanos dikalahkan, wujud lagi beberapa ancaman besar iaitu Elementals dan dilihat Mysterio turut ingin mengalahkannya.

Namun, adakah Mysterio ini benar-banar baik atau sebaliknya? Sama-sama kita nantikan tayangan filem Spider-Man: Far From Home pada 2 Julai 2019 ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas