Connect with us

Oh! Media

Jangan Terlibat Dengan Mereka, Kata Mukhriz

Oh! Negara

Jangan Terlibat Dengan Mereka, Kata Mukhriz

Sumber gambar dari MalaysiaKini

Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Muhkriz Mahathir mengingatkan penjawat awam di negeri berkenaan supaya tidak terlibat dengan program-program yang dianjurkan oleh pembangkang, seperti Perhimpunan Ummah yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 September lalu.

ADVERTISEMENT
Sumber gambar dari Perak Today

Mukhriz Mahathir yang juga Menteri Besar Kedah berkata, pihaknya memantau serius perkara berkenaan sekiranya menganggu kerja hakiki sebagai penjawat awam dan tindakan tegas akan diambil keatas mereka yang terlibat.

Tambahnya, pihaknya tidak pertikai sokongan mereka kepada mana-mana parti, namun ada segelintir dari mereka yang cuba untuk mensabotaj kerajaan dan membantu pembangkang seperti yang dipetik dari Sinar Harian.

Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya telah telah menenal pasti beberapa individu dan tindakan akan diambil tetapi tidaklah sampai menggunakan kuasa untuk memecat mereka.

Dalam kenyataan beliau berkata, beliau menyeru penjawat awam yang yang menyokong pembangkang agar memikul tanggungjawab dan amanah kepada rakyat sebaiknya.

“Laksanakan tugas demi rakyat seperti yang kami lakukan. Kami pun akan ‘senyap’,” katanya.

Sumber: Harian Metro

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas