Connect with us

Jakim Tubuhkan Pasukan Khas, Bantu Uruskan Jenazah Beragama Islam

Umum

Jakim Tubuhkan Pasukan Khas, Bantu Uruskan Jenazah Beragama Islam

Sepertimana yang kita semua tahu, semakin hari semakin meningkat jumlah kematian yang membabitkan pesakit covid-19 di Malaysia. Maka, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) akan menubuhkan pasukan khas pengurusan jenazah untuk membantu menguruskan mayat yang beragama islam akibat covid-19.

Langkah ini diambil akibat kematian pesakit covid-19 yang semakin meningkat kata Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Hakimah Mohd Yusoff. Pasukan yang ditubuhkan diberi taklimat dan penerangan tentang cara khas untuk menguruskan jenazah dan juga berpandukan hukum yang telah diputuskan 15 Mac lalu oleh Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

Pengurusan jenazah mangsa covid-19 dipersetujui MKI agar digunapakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali ke-107 yang bertarikh 10 hingga 11 Februari 2015 mengenai Hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang disyaki jangkiti Virus Ebola di Malaysia. Dikatakan juga yang pandangan itu juga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Petugas khas pengurusan jenazah telah diarahkan untuk bersiap sedia seramai 18 orang dan mereka terdiri daripada 12 lelaki dan 5 perempuan serta seorang penyelaras.

OHMEDIA : SEMOGA ALLAH LINDUNGI PASUKAN KHAS JAKIM UNTUK MENJALANKAN TUGAS.

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Jakim tubuhkan pasukan khas di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top