Connect with us

Oh! Media

Jacinda Ardern Kantoi Kelihatan Cincin Dijari Tengah

1557120393345jpg

Oh! Negara

Jacinda Ardern Kantoi Kelihatan Cincin Dijari Tengah

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menceritakan rasa terkejutnya apabila dilamar oleh kekasihnya semasa cuti sambutan Easter, namun tidak tahu bila bakal berlangsung majlis perkahwinannya.

Tahun lalu, beliau telah melahirkan seorang anak dan ia menjadi sesuatu yang amat jarang dialami oleh pemimpin negara di mana berkahwin dan melahirkan anak ketika sedang berkhidmat dan ia dilihat sebagai kemajuan pemimpin wanita.


IKLAN

Ardern memberikan taklimat media mingguannya yang pertama selepas berita pertunangannya dengan hos rancangan perikanan, Clarke Gayford, tersebar minggu lalu.

“Saya terkejut dengan lamaran itu,” kata Ardern mengenai lamaran itu, menambah mereka belum membuat persediaan perkahwinan lagi.

Ardern berkata, lamaran dibuat ketika pasangan itu bercuti di bukit Mokotahi yang indah di semenanjung Mahia di Hawke’s Bay.

“Jadi, ia amat romantik,” katanya berjenaka.

Berita ini tersebar selepas wartawan terlihat Ardern memakai cincin di jari tengahnya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas