Connect with us

Oh! Media

Izzue Islam Cerita Pengalaman Ketika Buat Saringan Covid-19

Oh! Artis

Izzue Islam Cerita Pengalaman Ketika Buat Saringan Covid-19

Menurut laporan Astro Gempak, seorang pelakon dan juga penyanyi iaitu Izzue Islam telah menceritakan detik cemas bahawa beliau dan isterinya dipanggil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membuat saringan Covid-19 baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

Izzue berkata beliau dan isterinya, Awin Nurin berada di dalam satu penerbangan menuju ke Sabah yang sama dengan tiga orang pesakit positif Covid-19 pada awal bulan Mac lalu.

Saya terkejut apabila pihak KKM menghubungi dan meminta kami untuk melakukan saringan COVID-19 pada 16 Mac lalu. Mereka memberitahu sebenarnya saya dan isteri berada dalam satu penerbangan dengan tiga orang positif COVID-19 ketika dalam penerbangan ke Sabah awal Mac lalu. Kami terkejut dan cuak juga bila mendapat tahu perkara itu dan terus membuat pemeriksaan keesokkan harinya iaitu sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Masa saringan itu, pertama sekali kami diminta untuk mengeluarkan hingus terlebih dahulu. Kemudian mereka masukkan satu batang panjang kira-kira sejengkal ke dalam kedua-dua lubang hidung saya. Masa tu ada rasa geli dan pedih juga sampai saya bersin beberapa kali. Selesai mengambil sampel di hidung, mereka masukkan pula satu lagi batang panjang ke dalam kerongkong kami. Alhamdulilah rasa lega sangat bila dapat tahu kami tiada jangkitan COVID-19. Yelah, bukan sahaja bimbangkan diri kami malam orang-orang yang sudah kami jumpa selepas pulang dari Sabah jika kami dijangkiti.

Fuh, memang cuak dan risau lah kalau kita naik satu penerbangan dengan pesakit positid Covid-19 kan? Alhamdulillah. Nasib baiklah doktor mengesahkan bahawa mereka tidak dijangkiti dengan jangkitan wabak Covid-19 tau. Stay safe everyone! Duduk rumah diam-diam okay.

OHMEDIA: TAKUT NAK KELUAR RUMAH SEKARANG.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca takut koronavirus di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas