Connect with us

Oh! Media

“Itu hanya andaian” – ulas Anwar Ibrahim Berhubung Serah Jawatan

Pelaksanaan2bcukai2bdigital2bini2bperlu2bdiperhalusi2bsebaiknya2bagar2bnanti2btidak2bmembebankan2b252822529png

Oh! Negara

“Itu hanya andaian” – ulas Anwar Ibrahim Berhubung Serah Jawatan

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menyerahkan jawatan itu dalam tempoh tiga tahun dan bukan dua tahun seperti yang dilaporkan dipersetujui Pakatan Harapan merupakan andaian.
“Itu hanya andaian,” jawabnya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek Elaun Sara Hidup Kepada Sasterawan Negara, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching. Menurut laporan Bernama, Anwar juga memberitahu, tiada masalah antara beliau dan Dr Mahathir berkenaan peralihan jawatan Perdana Menteri.
Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata, soal tarikh dan sebagainya adalah antara mereka berdua.
“Jawapan Perdana Menteri (Dr Mahathir) yang penting ialah bahawa yang dimeterai, yang dijanjikan akan ditunaikan.
“Kita harus beri ruang siapa sahaja Perdana Menteri, mesti diberi ruang supaya mentadbir dengan berkesan tanpa diganggu jadual peletakan jawatan,” katanya.
Bagi dirinya dan Dr Mahathir, isu jawatan Perdana Menteri telah selesai dan mereka sentiasa berjumpa setiap minggu, katanya.
“Tidak ada sama sekali sebarang masalah setakat ini bagi peralihan itu,” katanya.
Sumber : Bernama

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

IKLAN

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas