Connect with us

Oh! Media

Isu Sindir Datuk Vida: Fizo Omar Mohon Maaf

Umum

Isu Sindir Datuk Vida: Fizo Omar Mohon Maaf

Pelakon Fizo Omar menerima kritikan teruk daripada netizen di laman sosial kerana mengeluarkan status berbaur sindiran di Twitternya berkaitan program Gegar Vaganza baru-baru ini.
Malah ramai yang menegaskan bahawa Fizo Omar tidak wajar mengeluarkan status tersebut yang seakan ditujukan kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.

Berdasarkan kenyataan itu, ramai pengikut media sosial membuat andaian Fizo tidak suka aksi Datuk Seri Vida yang dikatakan berlebihan ketika muncul dalam rancangan tersebut.

ADVERTISEMENT

Bagaimana pun menerusi laman sosial miliknya, Fizo sendiri telah menjelaskan status yang dimuat naik malam semalam tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

“Tahniah diucapkan kepada semua pemenang #gegarvaganza musim kedua dan juga penaja utama serta pihak Astro di atas kejayaan menganjurkan program yang menjadi satu fenomena.

“Sebelum itu saya memohon maaf berbanyak kemaafan seandainya twit saya malam tadi membuat ada pihak yang tidak selesa, namun sebenarnya ia tidak ada kaitan dengan mana-mana individu yang terlibat seperti yang telah menjadi viral. Dengan rendah diri saya memohon kemaafan di atas kekhilafan ini,” tulis Fizo.

Tidak kurang juga ada pihak yang turut mewujudkan sentiment kenegerian berikutan kedua-duanya berasal dari Kelantan.

Mungkinkah jenama Fizo Omar atau isterinya akan menjadi penaja program tersebut untuk tahun hadapan?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas