Connect with us

Oh! Media

“Isu Kontroversi Bantuan Artis Insafkan Saya”-Nabil Ahmad

Oh! Artis

“Isu Kontroversi Bantuan Artis Insafkan Saya”-Nabil Ahmad

Panas beberapa ketika dahulu apabila tindakan golongan artis yang memohon bantuan khas khusus untuk golongan seni berkenaan dari kerajaan telah mendapat respon yang kurang menyenangkan dari netizen sehingga menimbulkan kecaman termasuklah Nabil Ahmad sendiri, yang juga seorang pengacara dan pelawak.

ADVERTISEMENT

Setelah panas dikecam netizen dengan isu panas berkenaan, Nabil menyedari ia menjadi titik mula kepada dirinya untuk memperbaiki tahap keimanan dalam diri. Nabil menjelaskan bahawa, kecewa kerana dihina, seronok bila dipuji bermakna tahap keimanan seseorang itu masih lemah. Insiden berkenaan mengubah perspektifnya untuk tidak hanyut dengan pujian.

Sumber gambar dari Astro Gempak

Walaubagaimanapun Nabil memanjatkan rasa syukur kerana rezekinya tidak pernah putus walaupun industri hiburan terkesan dengan pandemik COVID-19. Hampir tiap hari sehinggalah hari raya kelapan, ada beberapa program raya yang perlu Nabil jayakan. Baginya, dia mempercayai konsep sedekah, lagi banyak memberi, akan ada rezeki lain yang tuhan akan bagi.

OHMEDIA: DUGAAN DAN UJIAN DATANG DALAM PELBAGAI BENTUK, TERPULANG KEPADA KITA MENYEDARINYA ATAU TIDAK. TERUSKAN HIBURKAN KAMI YA!

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca isu kontroversi insafkan Nabil Ahmad di Facebook Oh! Media



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas