Connect with us

Oh! Media

Isu Gol ‘Hand Of God’ Shukor Adan, Stanley Bernard Seru Jangan Salahkan Shukor Sepenuhnya

Umum

Isu Gol ‘Hand Of God’ Shukor Adan, Stanley Bernard Seru Jangan Salahkan Shukor Sepenuhnya

Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard memohon supaya tidak menyalahkan Shukor sepenuhnya berhubungan gol kontroversi yang dilakukan oleh pemain itu ketika menentang UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam Sabtu Lalu.

ADVERTISEMENT

Shukor yang telah menjaringkan gol tatkala menentang UiTM FC dengan menggunakan tangan semasa minit-minit terakhir permainan sememangnya mengecewakan harapan UiTM FC untuk mendapatkan kemenangan yang pertama untuk musim ini.

Stanley berkata, keputusan pengadil perlawanan, Mohd Shahrizan Mohamad Solihim mengesahkan jaringan itu merupakan kesalahan terbesar yang dibuat oleh pengadil.

Bagi saya, pengadil berkenaan (Mohd Shahrizan) tidak mempunyai kualiti yang cukup untuk berada dalam Liga Super..

Tambahnya lagi, beliau turut membantah tindakan pengadil ketika dia memberikan memberikan sepakkan penalti kepada UiTM FC selain menganggap pemain UiTM FC, Kwon Yong-Hyun sengaja merebahkan badan di dalam kotak penalti.

Kami juga mempertikaikan penalti yang diberikan kepada UiTM sedangkan jelas pemain mereka, Kwon Yong-hyun dilihat sengaja menjatuhkan badannya.

Walaubagaimanapun, Stanley turut menganggap Shukor tidak sengaja untuk mencetuskan jaringan kontroversi itu.

Dalam keadaan spontan untuk mencari gol dengan keadaan kelam kabut di depan pintu gol lawan, mungkin Shukor tidak sengaja mengangkat tangan dan kebetulan bola itu masuk ke gawang gol UiTM FC.

Jika pengadil membatalkan jaringan beliau dan diberikan kad kuning, saya menganggap mungkin Shukor tiada masalah untuk menerima keputusan itu.

Beliau turut menambah, bahawa Shukor hanya menjalankan tugas seperti rakan yang lain untuk mendapatkan gol dan mendapatkan keputusan yang baik untuk pasukan.

Memang saya tidak setuju gol Shukor dibenarkan, tetapi penalti yang diberikan kepada Melaka United dan UiTM FC itu juga tidak patut. Ini merupakan satu contoh keputusan yang kurang tepat oleh pengadil.

Terdahulu, pemain KL City, Shukor Adan telah menjaringkan gol dengan menggunakan tangan ketika menentang UiTM FC pada minit ke-94 sekaligus menghampakan harapan tuan rumah untuk mendapatkan kemenangan pertama untuk musim ini.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas