Connect with us

Oh! Media

(Video) Isteri Hidap Barah Otak Tahap 4, Cari Kekasih Untuk Suami

Umum

(Video) Isteri Hidap Barah Otak Tahap 4, Cari Kekasih Untuk Suami

Kisah seorang isteri muda bernama Feng Ying yang muncul dalam rancangan realiti TV bertajuk China Dream Show di China telah membuatkan sesiapa sahaja menitiskan airmata.

ADVERTISEMENT

Feng Ying telah disahkan menghidap penyakit barah otak tahap ke empat namun semangatnya muncul di hadapan khalayak ramai untuk melaksanakan impiannya demi mencari kekasih untuk suaminya benar-benar memberi inspirasi kepada semua penonton.

Semua penonton serta juri yang terlibat tidak dapat menahan daripada menitiskan airmata. Lebih mengejutkan lagi, Feng Ying akan menjalani pembedahan membelah tempurung kepalanya pada keesokan hari selepas muncul dalam rancangan tersebut.

Oleh kerana Feng Ying tidak mahu impian itu diketahui oleh suaminya, para penonton diminta untuk merahsiakan impiannya itu ketika suami beliau muncul di pentas.

Namun, selepas beberapa bulan menjalani pembedahan cerita cinta Feng Ying dan suaminya berakhir dengan kegembiraan kerana pembedahan tempurung otak itu berjaya. Malah kos pembedahan Feng Ying yang bernilai 200,000 Yuan juga turut ditaja sepenuhnya.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas