Connect with us

Oh! Media

Empat Hari Habis Pantang, Isteri Hafiz Suip Turun Padang Beri Bantuan

Ff60caa1 06a8 4064 b236 ecc8d290436cpng

Oh! Artis

Empat Hari Habis Pantang, Isteri Hafiz Suip Turun Padang Beri Bantuan

Baru empat hari habis tempoh berpantang, isteri kepada penyanyi popular, Hafiz Suip sudah mula melakukan aktiviti sukarelawan dan gigih turun padang untuk memberikan bantuan. Isteri Hafiz, Nureffy Jesreel telah melahirkan anak kedua mereka pada 1 Mac 2020 lepas.

Sebelum Nureffy turun padang dan membantu, isteri kepada Hafiz ini juga ada memberikan dana dari rumah. Apa yang menariknya, kumpulan sukarelawan ini terdiri daripada 5 orang wanita saja gais dan dikatakan tiada langsung melibatkan suami masing-masing.

IKLAN



Mereka berbuat sedemikian dengan berniat untuk membantu sesama kita yang memerlukan atas dasar tanggungjawab dan juga keprihatinan. Addina Ahmade yang juga salah seorang daripada wakil kumpulan sukarelawan tersebut mengatakan yang mereka sudah mengagihkan bantuan kepada Zoo Melaka, Hospital Putrajaya dan Persatuan Orang Cacat Miri.

Mereka mengambil inisiatif untuk memberikan makanan kepada Zoo Melaka disebabkan mungkin ada yang terlepas pandang dengan haiwan-haiwan di sana. Semoga ramai lagi individu yang berkemampuan diluar sana memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan. Terima kasih juga kepada semua individu yang banyak membantu dalam keadaan yang ramai tengah memerlukan.

Sumber : Addina Ahmade | Gempak

+ Baca respon pembaca isteri Hafiz Suip gigih turun padang selepas habis pantang di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas