Connect with us

Oh! Media

Isteri Gunting Kemaluan Suami Curang Dua Kali

Umum

Isteri Gunting Kemaluan Suami Curang Dua Kali

Seorang isteri tidak dapat mengawal perasaan marah apabila mengetahui suaminya berkelakuan curang bertindak menggunting kemaluan suaminya dua kali.

ADVERTISEMENT

Feng, Ibu kepada lima orang anak itu dilaporkan mengetahui perbuatan curang suaminya, Fan Lung apabila lelaki itu terlupa untuk menutup akaun email di telefon telefon bimbit Feng selepas berhubung dengan kekasihnya.

Selepas perbuatan itu terbongkar, Feng yang naik berang terus mencapai gunting kemudian masuk ke dalam bilik tidur  dan menggunting kemaluan suaminya yang sedang tidur.  Disebabkan itu, Fan dikejarkan ke hospital untuk menjahit semula organ tersebut.

Bagaimanapun, Feng yang masih tidak berpuas hati dengan suaminya sekali lagi bertindak gila apabila memasuki wad yang menempatkan Fan dan menggunting kemaluan suaminya untuk kali kedua sehingga putus dan kemudian dicampak ke luar tingkap.

Pihak hospital hanya mengetahui perkara tersebut apabila ada pelawat memaklumkan seorang lelaki bogel memukul seorang wanita di perkarangan hospital.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kakitangan hospital menahan lelaki yang berlumuran darah di bahagian kemaluan dan kakinya itu daripada terus memukul wanita itu.
“Wanita itu dibawa untuk mendapatkan rawatan dan ketika itu baru kami tahu, kemaluannya dipotong untuk kali kedua,” katanya.

Berikutan itu, Feng telah ditahan pihak polis manakala Fan telah dimasukkan kembali ke wad kerana kehilangan banyak darah dan terpaksa menjalani pembedahan.

Menurut kekasih Fan yang menemaninya di hospital berkata mereka tetap akan meneruskan rancangan untuk berkahwin.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas