Connect with us

Oh! Media

iPhone SE, Harga Termurah dari Apple

Umum

iPhone SE, Harga Termurah dari Apple

ADVERTISEMENT
Siapa kat sini pernah atau masih menggunakan iPhone 5,5s dan 5c? Ramai orang masih sukakannya sebab ia kecil dan padat. Pihak Apple menyatakan terdapat sehinnga 30 juta unit telah dijual pada tahun lalu. Akan tetapi, tidak disangkalkan perkakasan dari era 2013 semakin berkarat. Hasil dari usaha, Apple telah mengeluarkan model iPhone SE yang kelihatan sama seperti model iPhone 5s, tapi ia padat dengan cip A9 dan M9 yang digunakan untuk iPhone 6s. Kamera iPhone SE telah dinaik taraf 12 megapiksel dengan fungsi Live Photo dan video 4K. Apple iPhone SE bermula hanya RM 16++.00 untuk model 16GB (telefon Apple paling murah) dan RM 2+++.00 untuk model 64GB.
Terdapat beberapa ciri dari model iPhone 6s disediakan dalam iPhone SE ini iaitu “Retina” flash hadapan, arahan “Siri” bebas tangan “hands-free”, sokongan LTE yang lebih cepat dan 802.11 kelajuan AC Wi-Fi. 
Pihak Apple memberitahu perkakasan yang digunakan meningkat dengan menjadikan ia dua kali lebih pantas dari 5s jika dilihat dari prestasi CPU. Selain itu, kelajuan GPU pula adalah 3 kali lebih pantas. Apa yang kita bimbang mesti jangka hayat bateri kan. Jangan risau, Apple beritahu prestasi bateri adalah lebih baik dari 5s. 
Apple SE ini amat menarik kerana ini kali pertama pihak Apple menggunakan perkakasan yang pantas ke dalam model yang sebelumnya. Bukan itu sahaja, malah dengan harga yang lebih rendah. Mari kita sama-sama lihat kemunculannya di pasaran Malaysia, Hanya di OhGeekz!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas