Connect with us

Oh! Media

iPhone 9 Bakal Menjadi iPhone SE 2020 Yang Akan Dilancarkan Oleh Apple?

Ohmedia ipse 1png

Umum

iPhone 9 Bakal Menjadi iPhone SE 2020 Yang Akan Dilancarkan Oleh Apple?

Sebelum ini lama dah kita dengar khabar angin mengatakan bahawa iPhone 9 akan dilancarkan oleh Apple Inc. namun perkara sebaliknya berlaku. Menurut 9to5Mac, iPhone 9 akan dijangkakan dilancarkan oleh pihak Apple namun tidak menggunakan nama iPhone 9 sebaliknya menggunakan nama iPhone SE, menggantikan model lama iPhone SE sebelum ini.

Sumber dari Redmonpie mengatakan peranti berkenaan akan dijual dalam lingkungan harga $400 atau lebih kurang RM1600. Info dari 9to5Mac juga mengatakan bahawa model baru iPhone SE ini memiliki persama reka bentuk dengan iPhone 8 yang mempunyai bezel atas dan bawah serta disertakan dengan Touch ID-equipped Home button pada peranti berkenaan.

Sumber gambar dari Ghizchina

9to5Mac juga menjangkakan peranti ini akan dikuasakan dengan cip bionik A13 sama seperti barisan model iPhone 11. Selain itu, akan terdapat tiga jenis warna antaranya hitam, putih dan merah serta tiga jenis storan dalaman bermula dari 64GB, 128GB dan 256GB. Menurut info yang Ohmedia dapat, tidak dapat dipastikan bila Apple akan mengumumkan secara rasmi peranti berkenaan.

IKLAN

OHMEDIA: SAYANGNYA ADA BEZEL MACAM iPHONE 8, KALAU BEZEL DIA MACAM iPHONE XS MESTI LAWA.

Sumber: 9to5Mac | Redmon Pie

+ Baca respon pembaca iPhone 9 bakal menjadi iPhone SE 2020 yang bakal dilancarkan oleh Apple di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas