Connect with us

Oh! Media

iPhone 12 Mungkin Menjadi iPhone Pertama Paling Murah Dari Apple

Umum

iPhone 12 Mungkin Menjadi iPhone Pertama Paling Murah Dari Apple

Sebuah akaun Twitter penganalisis teknologi, @jon_prosser mendedahkan jangkaan harga yang akan dijual oleh Apple melalui sebuah tweet miliknya. Dalam tweet berkenaan, beliau turut mendedahkan beberapa spesifikasi lain yang didatangkan ke atas peranti flagship Apple berkenaan.

ADVERTISEMENT

Dari ciapan berkenaan, @jon_prosser mendedahkan iPhone 12 dengan paparan OLED berukuran 5.4 inci dengan sokongan 5G akan dijual pada harga USD649, atau dalam linkungan RM2,596. Sekiranya benar, ini adalah sesuatu yang mengejutkan kerana dipetik dari Tek Id, syarikat berkenaan tidak menjual peranti dengan paparan OLED dibawah USD999 atau RM3,996.

Untuk harga iPhone 12 dengan saiz skrin 6.1 inci ia akan dijual pada USD749 atau RM2,996 dan diikuti dengan iPhone 12 Pro dengan saiz skrin 6.1 pada USD999 atau RM3,996 dan iPhone 12 Pro Max dengan skrin sebesar 6.7 inci pada harga USD1,009 atau RM4,396 dimana semua line up ini menyokong sambungan 5G.

@jon_prosser mendapat perhatian media gajet kerana maklumat yang didedahkan oleh beliau untuk iPhone SE 2020 yang baru dilancarkan adalah benar.

Menurut laporan yang diambil melalui Tek Id, mereka mendakwa peranti terbaru dari Apple ini akan memiliki notch yang lebih kecil dari iPhone 11 sebelum ini. Ada juga yang mendakwa bahawa iPhone 12 Pro Max direka dengan bentuk seperti iPhone 5, menggunakan stainless steel.

OHMEDIA: JIKA BENAR, HARGA IPHONE 12 ADALAH MURAH SEDIKIT BERBANDING DENGAN IPHONE 11 YANG MENCECAH HAMPIR RM7K SEBELUM INI. INI SATU PERKARA YANG AMAT MENGEJUT YANG DILAKUKAN OLEH APPLE.

Sumber: Tek Id | Bussines Insider | Twitter Jon Prosser

+ Baca respon pembaca iPhone 12 produk termurah dari Apple dengan teknologi paparan OLED di Facebook Oh! Media



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas