Connect with us

Oh! Media

Inkues Adib – Lagi Pendedahan 15 Soalan Yang Sempat Ditanya dan Dijawab Adib

Umum

Inkues Adib – Lagi Pendedahan 15 Soalan Yang Sempat Ditanya dan Dijawab Adib

Ini merupakan perkembangan terbaru inkues Adib dan ia pendedahan 15 soalan yang diajukan dan sempat dijawab oleh arwah Adib sewaktu sedang dirawat.

ADVERTISEMENT

Perkara ini didedahkan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman yang telah menyediakan dokumen mengandungi kesemua soalan yang telah diajukan kepada Muhammad Adib ketika sedang melakukan lawatan di Unit Rawatan Rapi, Institut Jantung Negara pada 12 Disember lalu.

Saksi ke-18 inkues itu berkata, ketika itu pada 12.30 tengah hari, beliau melihat Muhammad Adib yang semakin baik, ceria dan lebih memberangsangkan, baru sahaja selesai menjalankan rawatan fisioterapi.

“Selepas mendapat kebenaran keluarga Muhammad Adib dan pihak hospital, saya bersama dengan pegawai bomba Shafik bertemu dengannya dan kemudiannya bertanya soalan-soalan itu selain ada dua jururawat,” katanya.

“Adib memegang dokumen yang mengandungi 15 soalan itu menggunakan tangan kiri disebabkan dirinya memang kidal serta dia sedang bersandar di katil hospital.

“Walaupun dia (Muhammad Adib) boleh membaca sendiri, saya tetap membacakan semula soalan itu kepadanya untuk dia menjawabnya,” katanya.

Berikut 15 soalan ditanyakan oleh Syed Sharil Anuar dan jawapan diberikan Muhammad Adib :

Soalan 1: Adakah perusuh cuba buka pintu kenderaan masa kenderaan berundur?

Jawapan : Ya

Soalan 2 : Adakah Adib cuba halang dan tahan pintu daripada terbuka?

Jawapan : Ya

Soalan 3 : Adakah mereka berjaya membuka pintu EMRS?

Jawapan : Ya

Soalan 4 : Apakah perasaan Adib ketika mereka cuba buka pintu kenderaan?

(Ada beberapa pilihan jawapan iaitu takut, cemas, tertekan dan panik)

Jawapan : Tertekan

Soalan 5 : Adakah Adib ditarik keluar dari kenderaan EMRS?

Jawapan : Ya

Soalan 6 : Jika ditarik, adakah mereka tarik Adib bahagian mana? 

Jawapan : Bahu

Soalan 7 : Apakah Adib terjatuh selepas ditarik?

Jawapan : Tidak ingat

Soalan 8: Adakah Adib terjatuh semasa ditarik?

Jawapan : Tidak ingat

Soalan 9 : Semasa Adib dipukul, adakah sedar atau tidak?

Jawapan : Tidak ingat

Soalan 10 : Adakah mereka memukul dengan peralatan?

Jawapan : Ya

Soalan 11 : Jika gunakan peralatan, adakah Adib nampak peralatannya?

Jawapan : Tidak

Soalan 12 : Peralatan apakah yang digunakan semasa dipukul? Kayu, batu, besi atau lain-lain peralatan?

Jawapan : Lain-lain peralatan.

Soalan 13 : Adakah Adib sedar semula di lokasi atau hospital?

Jawapan : Hospital

Soalan 14 : Adakah Adib terasa terancam ketika berada dalam situasi itu?

Jawapan : Ya

Soalan 15 : Adakah Adib cuba bertindak pertahankan diri ketika itu?

Jawapan : Tidak ingat

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas