Connect with us

Oh! Media

Dinetopia: Ini Mungkin Tempat Makan Paling Unik Yang Tak Pernah Lagi Wujud Di Malaysia

Branded

Dinetopia: Ini Mungkin Tempat Makan Paling Unik Yang Tak Pernah Lagi Wujud Di Malaysia

Menjamu selera ditemani rama-rama waktu makan malam

Hai gais! Minggu lalu team Oh! Media berkesempatan untuk bercuti-sakan di Genting Highlands. Pada asalnya tiada apa yang nak kami happy pun kerana ini bukan pertama kali menjejakkan kaki ke atas bukit Genting ini namun terima kasih kepada Grand Ion Delemen Hotel kerana menaja penginapan kami selama di sana. Memandangkan ini pertama kali kami semua sampai ke Grand Ion Delemen Hotel ni, ianya sangat membantu untuk mengukir kenangan yang terindah buat kami semua selama bercuti di Genting Highlands.

Jadi apa kata Ohmedia kongsikan sedikit tentang apa yang menarik di Grand Ion Delemen Hotel ni untuk panduan korang yang bercadang untuk bercuti di Genting Highlands dan menginap di hotel ini nanti. Teruskan membaca perkongsian ini tau kerana Ohmedia akan cerita tentang satu tempat makan yang sangat menarik di hotel ni yang semestinya tiada tempat lain di Malaysia.

Bilik luas dan teratur!

Bilik yang sangat kemas dan minimalis!

Dah sampai bilik mesti korang rasa penat dan nak rehat kan? Dekat hotel ni, tilam dan bantal dia sangat empuk, memang kalau rehat tu rasa selesa dan tenang je. Lagi-lagi bila korang ada dekat atas ni sebab cuaca sejuk gila sampaikan nak mandi pun fikir banyak kali. Haha! Tapi korang jangan risau, sebab bilik airnya dilengkapi dengan air panas jenis “shower” yang boleh kita ubah suhunya. Ya, itu memang perkara biasa tapi kalau di Genting Highlands ni, suhu yang sentiasa sejuk menjadikan ianya sangat penting ok?! Hahaha.

Bilik dia ni bagi Ohmedia, sikit pun tak buat kita rasa bosan biarpun duduk terperap dalam bilik jer pun. Channel TV semuanya menarik ditambah pula dengan pemandangan dari atas Genting Highlands yang sangat memukau! Barang kelengkapan mandi seperti sabun, syampu, pengering rambut, seterika, selipar hotel, bath robe, sampailah ke penimbang berat badan pun, semua ada dalam bilik. Memang terbaik Grand Ion Delemen Hotel ni.

Terkejut jugak masuk-masuk dah ada gajah! Haha.
View dari dalam bilik pun lawa gila!

Pengalaman Makan Dengan Tema Berlampu

Best gila makan sambil ada animasi-animasi ni

Kebetulan semasa kami di Grand Ion Delemen Hotel ni, mereka baru sahaja membuat pembukaan untuk sebuah restoran baru di sini yang dikenali sebagai Dinetopia. Menariknya, ini bukanlah seperti tempat makan biasa tetapi ini memang lokasi menjamu selera paling epik ditemani pelbagai persembahan cahaya dan kami sempat turut serta bersama-sama dengan ramai media lain diberikan penjelasan tentang bagaimana Dinetopia ini berfungsi.

Bayangkan, bila korang makan masakan Melayu, dia akan keluar animasi dan grafik yang melambangkan ke-melayuan. Padu teruk kan?! 3 jenis makanan serta dessert di hidangkan dengan kombinasi menarik dari 3 kaum berbeza iaitu Melayu, Cina dan India. Harga untuk hidangan di Dinetopia ni ialah RM399 seorang.

Untuk orang kedua, korang boleh dapat potongan 50 peratus sempena pembukaan Dinetopia dan ianya sah sehingga 15 December ini. So korang boleh tempah Dinetopia dengan klik di sini

Atas meja pun ada jugak keluar animasi!

Wow! Bila duduk dekat sini rasa macam dalam kayangan

Dah macam kat taman bunga rasanya

Dekat Fairy Tales Cafe ni ada pelbagai jenis makanan ringan yang korang boleh layan petang-petang. Korang ada 3 pilihan iaitu Sweet, Savory dan Mixed (Sweet+Savory) untuk Hi Tea di sini. Harga yang ditawarkan ialah RM114 untuk 2 orang, kira berbaloi lah kalau korang lepak sini. Tahu tak betapa nikmatnya bila korang duduk dekat sini dengan persekitaran yang sejuk sambil minum teh panas yang disediakan.

Nak habiskan semua boleh tak?

View lawa, makanan pun sedap!

Ada bran tak nak cuba?

Fuh! Beraninya akak ni

Team Ohmedia ada la cuba naik Flying Fox dekat situ dan ternyata ianya sangat lah menyeronokkan. Selain flying fox, dekat situ juga ada aktiviti lasak lain untuk mencabar diri kita yang acah-acah berani ni iaitu Challenge Course dan Rock Climbing. Ohmedia rasa tak rugi kalau korang nak cabar diri untuk aktiviti ni sebab dengan hanya RM30.00, korang boleh bermain kesemua permainan di sini.

Percayalah, sekali main mesti nak repeat!

Nampak seronok dia tu!

Pernah tengok kolam air panas secantik ni?

Kolam air panas paling cantik pernah tengok

Korang pernah tak pergi kolam air panas? Semuanya berbayar kan? Tapi dekat sini percuma je. Yang bestnya, sambil-sambil mandi tu korang boleh layan view dekat situ yang berlatar belakangkan Genting Highlands. Kanak-kanak pun boleh mandi sekali sebab dekat situ dah tersedia ruangan untuk kanak-kanak. Kolam ini dibuka dari pukul 6 hingga 10 malam

Seronok kan kalau hari-hari macam ni

View dia lawa gila weh!

Senang pergi mana-mana, tak payah naik teksi atau grab

Selesa naik shuttle bus ni

Servis Shuttle Bus kat situ sangatlah bagus sebab punctual, nak buat tempahan pon mudah dan
bas dia pun sangat lah selesa dan bersih. Bas ni hanya di khaskan untuk pelanggan Ion Delemen Hotel untuk pergi ke Sky Park Avenue dan Theme Park di Genting Highlands. Jadi senanglah korang, tak payah fikir macam mana nak langgan grab. Shuttle bas ini beroperasi bermula jam 9 pagi sehingga 12 tengah malam.

Senangnya tak payah jalan jauh-jauh, depan pintu utama hotel je

Banyak tempat boleh pergi dengan shuttle bus ni, dah la free


Jadi sampai di sini sahaja review ringkas dari Ohmedia. Memang sangat berbaloi untuk korang yang inginkan ketenangan serta melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga atau member. Memang terbaik laa, So jangan lupa singgah di Grand Ion Delemen Hotel bila korang ke Genting Highlands nanti.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus ke facebook Ion Deleman Hotel untuk membuat tempahan.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas