Connect with us

Oh! Media

Ini Respon Anak Zahid Hamidi Selepas Pengumuman Kembali Bertugas Sebagai Presiden UMNO

Oh! Negara

Ini Respon Anak Zahid Hamidi Selepas Pengumuman Kembali Bertugas Sebagai Presiden UMNO

Selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat pengumuman mengejut mengenai kembalinya dirinya memikul tugas Presiden UMNO, ia telah mengundang perlbagai reaksi dan ia membuatkan anak sulungnya, Datuk Nurulhidayah turut bersuara.

ADVERTISEMENT

Ini dapat dilihat apabila Nurul memuat naik IG stories mengenai ayahnya yang dilihat belajar daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang semangat untuk kembali bertugas dari rehat.

Abah belajar dari Tun M!

“Abah perlu buat dan belajar banyak cara dari Tun M. Hanya jauhari mengenal manikam. Suka atau tidak Tun M terlalu genius.

“Datuk Seri Najib terlalu baik dan lembut dan orang pijak dia tanpa belas,” katanya.

Malah, Nurul berkata, belajar daripada Dr. Mahathir adalah lebih baik berbanding mendapatkan ilmu yang bertujuan memperoleh kekayaan.

“Abah, belajar dari Tun M! Belajar dari dia yang hati kering. Tak payah belajar cara nak bagi anak-anak kaya. Bukan boleh bawa duit, harta masuk kubur. Demi Islam,” tambahnya.

Untuk pengetahuan korang, Ahmad Zahid seblum ini telah membuat pengumuman untuk kembali sewaktu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bagan Datuk dan menamatkan cuti berkuat kuasa serta-merta.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas