Connect with us

Oh! Media

Ini Mungkin Langkah Terbaik Yang Mampu Dilakukan Mujahid Untuk Tulisan Jawi Sekarang

Oh! Negara

Ini Mungkin Langkah Terbaik Yang Mampu Dilakukan Mujahid Untuk Tulisan Jawi Sekarang

Nampaknya adalah juga tindakan awal yang Ohmedia dapat lihat diambil oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof apabila mengumumkan hari Jumaat sebagai hari penggunaan tulisan Jawi.

ADVERTISEMENT

Ohmedia dapat lihat, sekiranya ia dapat dilaksanakan, ianya pasti dapat membantu untuk memperkasakan lagi penggunaan tulisan Jawi ini terutama untuk memastikan masyarakat kita untuk tidak lupa akan tulisan ini.

Insya-ALLAH dengan semangat ini, kita mengekalkan tradisi dan budaya bangsa kita yang sepatutnya saya ulangi, disokong oleh semua kaum kerana jawi bukan hak Melayu tetapi warisan kita Malaysia. Diharap usaha ini dapat menyemarakkan lagi, mengekalkan tradisi dan memberi inspirasi kepada kementerian lain untuk turut sama menyemarakkan tulisan jawi dalam mengekalkan budaya tradisi sejarah bangsa kita yang kita hormati dan kagumi, katanya.

Mujahid turut menegaskan yang dia tidak menganggap tulisan Jawi sebagai satu proses Islamisasi dan ini kita dapat lihat sering dimainkan oleh sesetengah pihak dan ia amat melirukan. Penggunaan tulisan Jawi untuk peringkat rasmi juga dilihat semakin pupus dan diharapkan dengan usaha ini ia dapat memastikan sejarah budaya dikekalkan.

Sumber: Bernama

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas