Connect with us

Oh! Media

Ini Cara Untuk Keluarkan Duit Dari Akaun 2 KWSP

Umum

Ini Cara Untuk Keluarkan Duit Dari Akaun 2 KWSP

Memandangkan dah masuk bulan April, Ohmedia cuma nak bagitahu bahawa hari ini korang sudah boleh membuat permohonan secara online bagi pengeluaran duit dari Akaun 2 di laman web Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, ada seorang pengguna bernama @mohdamirfarhan berkongsi cara-cara untuk memohon pengeluaran wang dari Akaun 2 KWSP. Bagi yang tak tahu macam mana nak buat, jom ikuti cara mudah dekat bawah ni!

Apa yang korang perlu buat adalah buka laman web KWSP di kwsp.gov.my dan selepas itu korang perlu masukkan User ID dan juga kata laluan seperti yang tertera dekat atas ni. Pastikan korang login pilih i-Akaun (Member) okay!

Bila korang dah login, nampak tak perkataan ‘Withdrawal’ dekat kolumn atas belah kanan tu? Haa, tekan gais! Kemudian, klik ‘New Application’ dan korang akan nampak ‘Withdrawal Type’. Pilih i-Lestari tau dekat ‘Choose one’ tu.

Secara langsungnya akan keluar ‘Pop Up’ macam dalam gambar dekat atas ni. Bila dah baca ‘Application’ tu, korang tekan je (x) dekat Pop Up dan terus klik ‘Next’. Masukkan jumlah diantara RM50 sehingga RM500 yang korang nak keluarkan di bahagian ‘Applied Amount’. Selepas itu, pilih jer jenis bank seperti Maybank, Cimb, Bank Islam dan lain-lain. Haa, terus masukkan nombor akaun bank koran dekat bawah jenis bank tu.

Tekan ‘Next’ dan korang kena kemaskini maklumat peribadi (jika perlu) seperti alamat rumah, nombor telefon dan email. Tandakan (/) dekat check box  dan klik ‘Request TAC’. Psst! Nombor TAC ni korang akan dapat melalui SMS. Bila dah dapat nombor TAC, korang masukkan jer dekat ruangan TAC tu dan tekan ‘Submit’.

Yay! Dah siap. Kalau korang tekan ‘Print’, akan keluar lampiran seperti yang ditunjukkan dekat atas ni. Nampak susah bila nak buat permohanan tetapi sebenarnya mudah jer gais. Semoga perkongsian ini dapat membantu korang semua. Oh ya, Ohmedia cuma nak bagitahu yang ni adalah cuma permohonan. Pengeluaran pula pada bulan May nanti.

Terima kasih kepada @mohdamirfarhan kerana menunjukkan cara-cara untuk membuat permohonan pengeluaran wang dari akaun KWSP korang. Korang jangan lupa juga tau untuk memohon Bantuan Sara Hidup (BSH). Stay safe everyone!

OHMEDIA: SEMOGA ALLAH SWT MELINDUNGI RAKYAT MALAYSIA DARI JANGKITAN WABAK COVID-19. STAY AT HOME.

Sumber: Twitter | KWSP

+ Baca respon pembaca sayang Perdana Menteri Malaysia di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas