Connect with us

Oh! Media

Ini Bukanlah Pengakhiran, Kata Bekas PM Najib Razak Selepas Dijatuhkan Hukuman

Ohmedia najib razak semua belum berakhirpng

Oh! Negara

Ini Bukanlah Pengakhiran, Kata Bekas PM Najib Razak Selepas Dijatuhkan Hukuman

Nampaknya kes melibatkan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih belum berakhir walaupun telah didapati bersalah untuk tujuh pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang selepas ini akan di bawa ke peringkat Mahkamah Rayuan yang diadili oleh tiga hakim lagi.

Jadi apa perancangan Najib selepas ini? Ini reponnya selepas apa yang berlaku semalam.

Saya ingin teruskan membersihkan nama saya. Oleh kerana kes ini dalam proses lanjutan di peringkat rayuan, saya tidak boleh cakap lebih lagi, tapi peguam saya Tan Sri Shafie peguam saya boleh menyatakan satu dua perkara. Ini bukanlah pengakhiran kerana kita dalam proses rayuan. Saya harap pengikut saya terus bersama saya dengan semangat yang tinggi. Saya beritahu hakim bahawa saya akan kemukakan rayuan dalam tempoh tiga bulan untuk peringkat permulaan, selepas itu rayuan kedua dalam tempoh empat bulan selepas itu. – Katanya.

Hari ini Najib perlu menyelesaikan bayaran ikat jamin sebanyak RM2 juta dengan 2 orang penjamin selepas Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan hukuman ke atas Najib sehingga proses rayuan selesai.

IKLAN

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan kes Najib Razak di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas