Connect with us

Oh! Media

Ini Amaran Terbaru Dari Mujahid Untuk Isu Dr Zakir Naik

mujahid yusof rawa 101218 tmiseth 13  fulljpg

Oh! Negara

Ini Amaran Terbaru Dari Mujahid Untuk Isu Dr Zakir Naik

Nama seorang pendakwah bebas yang cukup terkenal di dunia, iaitu Dr Zakir Naik nampaknya terus menjadi bualan ramai pihak dan ramai juga sebenarnya yang mengambil kesempatan untuk mempolitikkan isu ini.

Perkara ini ditegaskan oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof sendiri dengan berkata, Jangan guna kesempatan untuk ambil kepentingan yang tidak berasas dan menjawab atau bercakap dalam satu (perkara) yang tidak tahu.

Janganlah dengan guna isu Zakir Naik, ambil kesempatan ‘belasah’ semua orang, akhirnya mewujudkan naratifnya ‘mereka (kerajaan) tak jaga Islam, halau pendakwah hebat Islam’, katanya.

Dalam perkembangan lain sebelum ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak menghantar pulang Zakir ke India dan Mujahid juga ada memberi contoh untuk menggunakan konsep Rahmah atau Rahmatan Lil ‘Alamin.

IKLAN

sebagai contoh orang datang rumah kita, takkan kita nak halau dia keluar dan hantar dia ke musuh.

Zakir Naik kini juga telah dihalang untuk memberikan sebarang ceramah di beberapa negeri dan untuk repon mengenai itu, Mujahid ada mengatakan yang halangan itu dilakukan bertujuan untuk menjaga keselamatan Zakir yang kini sedang disiasat pihak polis dan ini juga atas arahan pihak Polis bagi mengelakkan suasana tegang dalam kalangan masyarakat majmuk negara.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas