Connect with us

Anda Kaki IG Story? Ini 5 Trick Untuk Cantikkan Lagi IG Story Anda!

Oh! Lifestyle

Anda Kaki IG Story? Ini 5 Trick Untuk Cantikkan Lagi IG Story Anda!

Rata-rata rakyat Malaysia mempunyai aplikasi Instagram pada smartphone mereka. Seperti semua tahu, aplikasi ini bukan sahaja berkongsi gambar melalui feed sahaja, ia juga bolehkan anda berkongsi momen-momen tertentu melalui ciri yang dipanggil sebagai IG Story. Jadi untuk elakkan IG Story anda nampak terlalu bosan, Ohmedia nak kongsi dengan anda semua trick untuk cantikan lagi IG story.

Shadow Effect

Tip ini adalah untuk menjelaskan perkataan. Caranya mudah. Anda perlu duplicate perkataan perkataan asal yang dibuat kemudian warnakan dengan warna yang kontras dengan warna perkataan asal. Seterusnya letak perkataan yang duplicate ini tadi dibelakang perkataan asal dengan adjust sedikit kedudukannya sehingga warna kontras perkataan duplicate tadi kelihatan.

Rainbow Font Color

Tahukah anda bahawa anda boleh buat font pada IG Story berwarna-warni? Pertama pilih perkataan yang ingin diwarnakan. Kemudian pilih cursor pada hujung perkataan dan pada masa yang sama buka pilihan gradasi warna (pilih dan hold mana warna dibawah). Kemudian leretkan cursor dan pilihan gradasi warna tadi bersama-sama.

Emoji Neon

Tips ketiga adalah cara untuk membuatkan emoji pada IG Story memilik effect neon. Mula-mula pilih emoji yang ingin digunakan. Pastikan emoji berkenaan dipilih dari keyboard smartphone bukan pada emoji yang terdapat pada IG Story. Kemudian pilih mode neon pada IG Story berkenaan dan pilih warna ikut kesukaan anda. Simple saja step dia.

Unseen Mention

Biasanya kalau keluar dengan rakan-rakan mesti tidak lupa untuk berkongsi momen anda di IG Story. Tapi kadang-kadang ada antara kawan anda  minta untuk di mention dalam story agar boleh di repost dalam IG Story mereka tapi bagi anda yang mementingkan estetika gambar, mention akan terasa terganggu. Namun terdapat dua trick yang anda boleh cuba lakukan untuk elak benda ini berlaku.

Pertama, mention kawan berkenaan. Kemudian pilih eye drop kemudian drop kan pada kawasan yang mempunyai warna solid. Setelah itu, drag mention berkenaan dan resize sehingga mention berkenaan tidak kelihatan. Yang kedua adalah, mention kawan berkenaan, kemudian resize mention berkenaan sehingga tidak kelihatan.

Add Photo

Untuk trick add photo ini, caranya berbeza sedikit antara pengguna Android dan iOS. Bagi pengguna iOS, anda boleh menambahkan gambar dengan teknik copy paste. Caranya pilih gambar yang anda  nak post pada IG Story, kemudian pergi ke Album Photo dan coppy gambar yang ingin di paste pada IG Story nanti. Bagi pengguna Android, anda perlukan aplikasi tertentu seperti Picsart untuk berbuat sedemikian.

OHMEDIA: WALAUBAGAIMANAPUN IA TERGANTUNG KEPADA KREATIVTI MASING-MASING. SEMOGA BERMANFAAT!

Sumber: Tek Id

+ Baca respon pembaca lima trick untuk cantikkan lagi IG Story di Facebook Oh! Media

Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

To Top