Connect with us

Oh! Media

Ini 5 Cara Bagaimana Mobile Device Korang Boleh Dijangkiti Malware!

Umum

Ini 5 Cara Bagaimana Mobile Device Korang Boleh Dijangkiti Malware!

Diakui sememangnya mobile device mempunyai kelebihnya berbanding laptop untuk melakukan sesuatu kerja. Ini kerana mobile device lebih convenient. lebih murah dan juga senang untuk dibawa kemana-mana. Namun ada sesuatu hal yang korang perlu tahu tentang mobile device. Secara general, mobile device tidaklah secure mana berbanding computer. Oleh itu mobile device senang untuk dijangkiti malware, erti katal lain adalah virus. Oleh itu , ini 5 cara bagaimana mobile device korang boleh dijangkiti malware.

ADVERTISEMENT

Memuat turun malicious app

Sumber gambar dari United State Cybersecurity

Apa yang disebut sebagai malicious app? Malicious app adalah aplikasi yang dibangunkan hacker untuk menyebarkan malware melalui muat turun apps. Kebiasaannya aplikasi ini adalah aplikasi yang bukan dari official app store, senang kata dari sumber tidak sah. Kadang-kadang malicious app ini akan cuba untuk memasuki official app store. Misalnya InstaAgent, app yang maklumat pengguna Instagram dan menghantarnya ada pihak ketiga tanpa pengetahuan pengguna. Namun biasanya ia akan dijumpai dan diuruskan dengan cepat.

Menggunakan sistem operasi yang lemah

Sumber gambar daro PhoenixNAP

Selalunya mobile device itu sendiri yang mempunyai kelemahan yang membolehkan hacker menggunakan kelemahan tersebut. Kelembahan ini biasanya akan diatasi dengan updating software berkenaan secara regularly. Itu sebab amat penting untuk korang sentiasa mengemaskini perisian mobile device seperti computer jika tidak senang bagi hacker untuk mengeksploitasi kelemahan berkenaan.


Membuka suspicious emails

Sumber gambar dari Yeahhub

Selain menggunakan apps, hacker juga turut menggunaan emel untuk memasang malware pada mobiile device korang. Sebagai contoh, korang menerima emel yang mengatakan bahawa korang memenangi sesuatu, kemudian korang membuka emel berkenaan tapi tiada apa berlaku atau korang dibawa kesuatu laman web. Secara sembunyi, malware telah dimuat turun dan dipasang pada mobile device korang. Akhirnya hacker mempunyai akses data pada mobile device berkenaan.

Menggunakan non-secure WiFi atau URL

Sumber gambar dari WPism

Jika korang mengakses insecure websites, risiko untuk korang mendedahkan data sensitif dari mobile device milik korang adalah tinggi, yang menyebabkan mobile device berkenaan turut terdedah pada malware. Oleh itu elakkan untuk melawati insecure website dan WiFi networks. Sekiranya perlu, sila gunakan perlindungan antivirusdan VPN. Browser dalam mobile device itu sendiri mampu menjadi punca kelemahan, senang untuk dijangkiti malware. Oleh yang demikian, pastikan korang mempunyai versi terkini browser berkenaan.

Menerima text message atau voicemail pishing

Sumber gambar dari CSO

Ada juga juga kes yang korang akan menerima text message atau voicemail dari sumber yang tidak sah, meminta maklumat peribadi ataupun mobile device korang. Selalunya hacker akan menggunakan maklumat ini untuk mencuri apa saja data, termasuklah social security numbers, credit card data dan sebagainya. Mereka juga akan menggunakan kaedah ini untuk memasang malware pada mobile device korang. Adalah lebih baik untuk korang mendapatkan pengesahan terus dari company berkenaan jika menerima text dan voicemail seperti yang disebutkan tadi.


OHMEDIA: PENTING BAGI KITA UNTUK MENJAGA MOBILE DEVICE YANG MENJADI DAILY DRIVER UNTUK MEMBUAT URUSAN TERTENTU SEPERTI BAYAR BIL, LAKUKAN ONLINE TRANSFER ATAU KERJA-KERJA PENTING YANG LAIN.

Kredit: Security Metrics

+ Baca respon pembaca cara mobile devices dijangkiti malware di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas