Connect with us

Oh! Media

Ini 5 Buah Smartphone Dengan Sokongan 5G Yang Patut Korang Miliki

Umum

Ini 5 Buah Smartphone Dengan Sokongan 5G Yang Patut Korang Miliki

Teknologi 5G adalah teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima dimana teknologi ini merupakan sambungan kepada generasi sebelumnya, 4G. Tekonolgi 5G nyata mempunyai keupayaan yang berbeza dengan teknologi sebelumnya. Oleh yang demikian terdapat beberapa smartphone dengan teknologi 5G dihasilkan oleh beberapa syarikat telefon gergasi.

ADVERTISEMENT

Samsung Galaxy S20 Plus 5G

Sumber gambar dari GreaTecno
Smartphone ini merupakan smartphone flagship yang mempunyai kamera sehingga 108MP dari Samsung yang menggunapakai teknologi 5G. Harga smartphone ini hampir mencecah RM5,000. Ini antara ulasan Ohmedia mengenai smartphone ini.


4 hari dah menggunakan Samsung Galaxy S20 Ultra 5G. Banyak dah yang dikongsikan di Twitter dan juga beberapa di Instagram @ohkhai. . Antara features paling #ohmedia suka ada 5 sahaja. Pertamanya, kamera dia. Sejujurnya ada banyak gambar masih lagi prefer iPhone 11 Pro Max tapi kebolehan S20 Ultra ni, boleh zoom sesuatu scene yang lebih jauh. Ada yang kata ianya sekadar gimik. Memang ya kalau engko tak tahu nak gunakan masa bila. Tapi bila sampai masanya nak guna, atleast features tu ada. . Keduanya, ada features untuk lock app ketika multitasking. Maknanya bila korang dah lock app tu, seminggu pun app tu takkan reload semula di background. Samsung panggil apantah namanya tapi basically itulah fungsinya. No wonder guna 12GB of RAM barulah ada function! Hehe. . Ketiga, bateri bersaiz 5,000mAh. Memang lama betul tahan dengan cara Samsung optimize Android dalam phone mereka. Charger yang korang dapat dalam kotak adalah 25w tapi kalau nak laju lagi, boleh beli yang 45w secara berasingan. Charging dari 0 sampai 100 ambil masa kurang 1 jam. . Keempat, skrin 120hz dia memang padu. Lepas korang pakai S20 ni, kalau pegang iPhone 11 Pro Max pun rasa macam lembap je padahal tak ada apa yang berubah. Tu semua kesan bila korang dah start guna smartphones dengan refresh rate yang sangat tinggi berbanding iPhone dan Android lain. . Last sekali, speaker dia yang sangat best. Kalau dulu ada Atmos sahaja yang dah cukup power, sekarang main game pun ada Atmos for gaming. Bayangkan main game tapi bunyi macam tengok wayang. Haha. . Overall pengalaman mengguna masih lagi sama dengan Note 10, S10, dan phone Samsung terkini lain. Berbaloi untuk beli? Sejujurnya dengan harga RM5,000 itu tidak perlu pun. Banyak smartphones Android lain boleh korang beli pada harga lebih murah. Sekian. #OhmediaSamsung #GalaxyS20Ultra
A post shared by Oh! Media (@ohmedia) on


Huawei Mate 30 5G

Sumber gambar dari DxOMark
Huawei juga turut mengeluarkan smartphone yang menggunakan teknologi 5G namun jauh lebih murah dari Samsung Galaxy S20 Plus 5G. Harga bagi Huawei Mate 30 Pro ini adalah RM4,199.

Vivo NEX 3 5G

Sumber gambar dari GeekBuying
Smartphone seterusnya adalah dari Vivo yang dipanggil sebagai Vivo NEX 3 5G. Sebelum ini Vivo adalah mengeluarkan model yang sama namun tidak menyokong teknologi 5G. Memetik sumber dari Technave, harga smartphone ini dijangka bermula dari Rm3,099.

Xiaomi Mi 10

Sumber gambar dari Gizmochina
Selepas Vivo, Xiaomi turut mengeluarkan smartphone yang menyokong teknologi 5G. Berbanding Samsung dan Huawei yang mengeluarkan satu varian sahaja, Xiaomi tampil mengeluarkan dua varian, Mi 10 dan Mi 10 Pro, dimana kedua-duanya menyokong teknologi 5G. Harga bagi Xiaomi Mi 10 5G dan Xiaomi Mi 10 Pro 5G masing-masing dijangka bermula RM3,000 keatas.

Nubia Red Magic 5G

Sumber gambar dari MyTechSpace
Yang terakhir adalah dari Nubia, salah satu syarikat telefon pintar dari China selain Oppo, Vivo dan juga Huawei yang dulu dimiliki sepenuhnya oleh ZTE. Smartphone ini merupakan smartphone yang dikhaskan untuk gaming dimana paparannya menyokong refresh rate sehingga 144Ghz. Setakat ini smartphone ini tersedia lagi untuk pasaran Malaysia namun boleh dibeli melalui online shopper dengan harga bermula RM2,700. Dekat bawah ni antara ulasan Ohmedia mengenai smartphone ni.

A post shared by Oh! Media (@ohmedia) on


OHMEDIA: KEBANYAKAN MODEL SMARTPHONE YANG MENYOKONG TEKNOLOGI 5G SEKARANG INI TERDIRI DARI MODEL FLAGSHIP SETIAP SYARIKAT. NAMUN BERDASARKAN SUMBER, BEBERAPA SMARTPHONE PADA MID SPEC YANG AKAN KELUAR AKAN MENYOKONG TEKNOLOGI 5G INI KELAK.
Kredit: Technave




Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas