Connect with us

Oh! Media

Ini 12 Sebab Kenapa Period Datang Lewat!

Oh! Lifestyle

Ini 12 Sebab Kenapa Period Datang Lewat!

Masalah lewat datang haid tidak boleh dipandang remeh oleh golongan perempuan. Bukan hanya faktor kehamilan, ada beberapa faktor yang lain sebenarnya yang korang kena ambil tahu. Berikut merupakan 12 kemungkinan kenapa masalah lewat datang haid yang wajib perempuan ambil tahu.

ADVERTISEMENT

1. Masalah kesihatan

Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, baru lepas menjalani pembedahan atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan pada tubuh badan, seterusnya menganggu kitaran haid korang.

2. Hormon prolaktin berlebihan

Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid korang datang lewat berbulan-bulan. Bagi yang sudah berkahwin, sekiranya susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, eloklah kalau korang terus berjumpa doktor kerana kemungkinan besar korang mengalami masalah hyperolatinemia.

3. Ubatan

Mungkin korang ada mengambil ubat-ubatan seperti jamu, menjalani rawatan tradisional atau program menguruskan badan, ia pun salah satu kemungkinan besar punca haid datang lewat.

4. Masalah tiroid

Rasa panas, berdebar dan penurunan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda korang menghidap penyakit tiroid. Check period korang sama ada ia keluar dengan sedikit atau tak ada langsung, segeralah berjumpa dengan doktor.

5. Tekanan

Bila dalam keadaan tertekan, badan akan mengeluarkan hormon stres yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid. Jadi, tekanan dalam bentuk fizikal dan mental juga boleh mempengaruhi hormon dan seterusnya, period korang.

6. Obesiti 

Berat badan berlebihan boleh memberi ketidakseimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Hormon yang berlebihan akan menyebabkan haid terganggu dan seterusnya kelewatan haid. Cuba kurangkan 10 peratus daripada berat korang dan kemungkinan besar kitaran haid korang akan kembali seperti biasa.

7. Terlalu kurus

Terlalu kurus pun boleh beri masalah kepada kitaran haid korang. Hal ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu aktif seperti atlet. Dapatkan semula berat badan ideal untuk menggembalikan kitaran haid yang normal.

8. Tersilap kira 

Dikatakan 40 peratus golongan perempuan gagal mengingati tarikh sebenar haid mereka. Jika dalam kitaran 21-35 hari, haid korang adalah normal. So make sure, catit dalam kalendar hari pertama haid korang setiap bulan supaya tak ada lah risau sangat nanti.

9. Ubah cegah kehamilan 

Kalau korang ada ambil hormon pencegah kehamilan seperti depo-provera atau implanon, ia mungkin jadi sebab haid korang datang lewat. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terhasil. Jadi jika benar korang memang menggunakan kaedah ini, jangan risau. Tapi, untuk yang dah berkahwin saja okay?

10. Menyusu badan

Ibu yang masih menyusukan badan untuk anak, berkemungkinan juga haid tidak akan datang selama berbulan-bulan.

11. Menopaus

Wanita yang berusia lewat 40-an dan mengalami haid yang semakin sikit atau jarang keluar haid adalah salah satu tanda menopaus. Untuk mengesahkannya, korang boleh berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh dibuat. Peringkat umur sebegini juga disarankan untuk membuat ujian pap smear bagi memastikan tidak mengalami masalah pangkal rahim.

12. Hamil

Kalau korang dah kahwin dan tiada masalah seperti yang telah dinyatakan di atas, maka confirm lah korang memang tengah pregnant. Kalau nak kepastian, buat pregnancy test dan berjumpalah dengan doktor.
Kalau dah sampai berbulan-bulan tak datang haid tu, mesti risau juga kan? Apa-apapun, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pakar. Bila dah dengar sendiri daripada mulut doktor dan tak ada apa-apa masalah yang kronik barulah lega sikit kan?

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas