Connect with us

Oh! Media

Individu Buat Laporan Polis Dakwa Menteri Agama Langgar PKP

dr zulkifli mohamad al bakrijpg

Oh! Negara

Individu Buat Laporan Polis Dakwa Menteri Agama Langgar PKP

Masih ingat dengan anak Presiden UMNO, Nurul Hidayah Binti Ahmad Zahid Hamidi yang didapati bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Rupa-rupanya, Menteri Hal Ehwal Agama Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menerima beberapa laporan mengenai kesaahan yang sama.

Laporan yang dilakukan oleh individu tidak dikenali itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan. Memetik laporan Berita Harian, siasatan dan keterangan ke atas Dr Zulkifli sedang dijalankan

Kita sudah rakam keterangan pengadu, manakala keterangan pihak lain akan diambil selepas mendapat arahan lanjut Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. – Katanya.

Antara aduan yang dilakukan adalah apabila melihat semua gambar aktiviti yang dilakukan Dr Zulkifli semenjak memegang jawatan sebagai Menteri Agama sewaktu PKP. Seperti menyampaikan surat pertukaran kepada pegawai kanan JAKIM pada 31 Mac di pejabat tanpa penjarakan sosial dan memanggil Datuk Dr Fathul Bari untuk bermesyuarat.

IKLAN

Mungkin inilah yang terjadi apabila ada pihak yang mempunya hati yang busuk. Tidak boleh lihat orang menjalankan tanggungjawab dengan senang. Tapi inilah antara ujian yang perlu dihadapi bila menjadi seorang pemimpin. Untuk pengetahuan korang, pemimpin yang mempunyai jawatan penting dalam negara dibenarkan untuk keluar dan berjumpa dengan pemimpin lain untuk menjalankan tugas dan berkhidmat.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti aduan ini di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas