Connect with us

Oh! Media

Ijazah Di Malaysia Merupakan Ke-5 Termahal Di Dunia

Umum

Ijazah Di Malaysia Merupakan Ke-5 Termahal Di Dunia

Tahukah anda bahawa kebanyakkan ibubapa di Malaysia menghabiskan lebih kurang 55% daripada gaji mereka untuk membiayai yuran pengajian seorang anak untuk mendapatkan ijazah di universiti.

ADVERTISEMENT

Ini menjadikan ijazah di Malaysia merupakan dalam senarai 5 termahal di dunia.

Malaysia mencatatkan kos pengajian antara 10 teratas tempat paling mahal untuk menghantar  anak-anak ke universiti.


“Negara ini mempunyai kira-kira 20 universiti dan yurannya adalah kompetitif berbanding dengan negara lain di dunia, namun gaji purata masih lagi hanya sekitar RM2,000 sebulan. Ini bermakna tanpa biasiswa ataupun pinjaman, ibubapa akan kehilangan lebih separuh gaji mereka dalam yuran pengajian. 

Malah dalam Bajet 2016 yang baru sahaja dibentangkan, Putrajaya telah mengurangkan peruntukan dana kepada universiti awam sebanyak RM2.4 bilion dan ia meningkatkan kebimbangan bahawa yuran pengajian universiti turut akan bertambah.

Walau bagaimanapun, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dilaporkan berkata universiti awam tidak dibenarkan untuk menaikkan yuran mereka bagi program ijazah sarjana muda hanya kerana terdapat penurunan dalam peruntukan kepada kementerian, daripada RM15.785 bilion kepada RM13.378 bilion tahun depan tahun ini dalam bajet negara.

Beliau berkata 90% daripada universiti awam masih bergantung kepada pembiayaan kerajaan dan harus membuat wang dengan menggunakan aset mereka.

Sementara negara-negara lain yang mempunyai yuran pengajian universiti lebih tinggi dari Malaysia adalah Romania, di mana ibu bapa menghabiskan 86% daripada gaji mereka, Romania (86%), Estonia (76%) dan Chile (73%). Manakala negara yang paling mahal yuran pendidikan universiti adalah Hungary.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas