Connect with us

Oh! Media

Ibu Merayu Pulangkan Kembali Telefon Sandra

Oh! Artis

Ibu Merayu Pulangkan Kembali Telefon Sandra

Baru-baru ini sepertimana kita tahu, Sandra Dianne yang merupakan seorang penyanyi dan juga peserta program Big Stage telahpun mengalami kemalangan dan dimasukkan ke ICU Hospital Putrajaya kerana tidak sedarkan diri. Ibu kepada Sandra iaitu Nor Syakinah meminta kepada mana-mana individu yang terambil telefon bimbit milik Sandra supaya memulangkannya kembali.

ADVERTISEMENT


BACA : Sandra Dianne Terbabit Dalam Kemalangan

Kalau ada yang ambil dan berniat memang nak pulangkan tu takpe, tapi kalau ada yang memang cari kesempatan diatas kesempitan yang jadi ni taktahu lah nak cakap macam mana. Ibu Sandra juga mengatakan yang didalam telefon itu terdapat banyak dokumen penting berkaitan dengan kerjanya.

Telefon bimbit yang selalu digunakan Sandra atas urusan kerja adalah model Samsung Galaxy S20 Ultra. Semoga urusan mereka ni dipermudahkan dan sama-sama kita doakan supaya Sandra cepat sembuh.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca ibu merayu pulangkan kembali telefon Sandra di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas