Connect with us

Oh! Media

(Gambar) Ibu Dibelasah Anak Sendiri 30 Kali Setiap Hari

Umum

(Gambar) Ibu Dibelasah Anak Sendiri 30 Kali Setiap Hari

ADVERTISEMENT

Seorang ibu membuat pendedahan bahawa dia telah dipukul oleh tiga anak kandungnya sendiri hampir 30 kali setiap hari.

Pauline Bubb, 47, terpaksa bersembunyi di dalam bilik dan mengunci pintu apabila anak-anaknya Spencer,11, Sapphire,9, serta kembar Jorja pulang daripada sekolah.

“Paling teruk, Sapphire serang saya sebanyak 30 kali sehari. Kaki saya lebam-lebam,” kata Bubb.

Menurut Pauline, anak lelakinya Spencer pernah bertindak ganas dengan menikam perutnya dengan menggunakan gunting walaupun baru sahaja berusia 4 tahun.

Namun, tingkah laku ganas Spencer sedikit tenang apabila dia disahkan menghidap penyakit ADHD, namun sikap Sapphire pula menjadi semakin agrasif.

“Bagi Sapphire, ia bermula dua tahun lalu. Dia akan bertanya kepada saya soalan seperti, “Bolehkah saya mempunyai sebungkus kerepek?” namun kemudian berkata sendiri “Ya Sapphire”.

“Dia mahu saya katakan seperti yang dia mahukan. Saya tidak boleh berkata terlalu cepat mahupun terlalu lambat. Saya terpaksa berdiri, tidak boleh bergerak malah tidak boleh berkelip dan dia akan mengulanginya hampir 20 ke 30 kali.

“Jika saya berkata tidak, maka dia akan berkata dengan lebih kuat, mula menyumpah dan memukul saya”

Sementara itu, menurut pakar perkara seperti yang dihadapi oleh Pauline ini terjadi adalah kerana dia tidak mempunyai keyakinan untuk menjadi seorang ibu maka anak-anak akan menguasai ibubapa mereka.

OHMEDIA:
Jadilah rakan komunity Oh! Media di WhatsApp. Kongsikan apa sahaja
info, gambar atau video yang menarik di nombor 012-923 1562.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas